Thursday, January 24, 2019

Firas 6 bulan

Haih, dah masuk 6 bulan 2 hari baby saya ni.
Si kakak kata, cepatnya firas besar.
Tak puas gomol2 dia masa baby.
Makin lasak pun ya.
Tu yg kakak tak boleh mengasuh lama... penat!

Dah masuk 6 bulan, boleh la mula masak bubur nasi.
Setakat ni masih dgn bubur nasi kosong.

Sudu termal heat, jadi kuning bila bubur masih panas.
Ok, semua dah tukar oren jadi dah boleh mamam dengan gembira..
Dah halfway baru ingat nak snap gambar..
hihihi, tu yg bubur dah tinggal separuh.

Firas ni jenis suka gigit sudu.. tu yg mulut nampak tertutup..padahal dia makan dengan selera jer..

Firas dah boleh meniarap dari umur 4 bulan... sekarang dah mula menjulur ke depan... kena beringat bila letak atas katil...
Muka happy baru balik dari taska.. mata nampak berair sbb dia sedang batuk.. 
Dah seminggu lebih dia batuk.. dah bawa jumpa toga org doktor... tapi doktor kata, baby bawah setahun tak boleh bagi ubat batuk.. as long as tak demam, dan lung pun clear.. nothing to worry.. harapnya cepat2 la hilang batuk dia tu...
Tapi muka saya happy sokmo...
Get well soon yer Firas :)

1 comment:

  1. geram nengok mata bulat tu, sebijik cam abg danish nya...

    bgsnya sudu tu kak, yelah kadang puasla meniup kan, klu blh tau dr sudu je...mudah keje kita

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails