Monday, March 23, 2015

Wizard of Oz

Pagi Khamis lepas, Danish kata dia tak nak pergi sekolah.
Hah sudah, kenapa la pula kali ni... detik saya dalam hati.

Saya cuba selidik, katanya dia takut.
Takut kat sapa, tanya saya.
Takut kat scary wizard, jawabnya sambil kelopak mata mula digenangi air.
Kita pergi sekolah dulu tanya cikgu, kata saya cuba memujuk.
Danish mengangguk lemah tanda setuju.

Sampai di sekolah, dia mula takut nak melangkah pergi ke kelas.
Saya tetap pegang erat tangan Danish supaya dia terus melangkah.
Tiba di depan kelas, Danish terus menangis.
Miss Day yang menunggu di depan kelas macam terkejut melihat gelagat Danish.
Saya pun mula cerita dari awal hingga akhir.
Nampak Miss Day pun mula panik.

Katanya semalam mereka tengok sedikit sedutan filem "Wizard of Oz".
Hari ni pula mereka akan menonton persembahan teater dari Wizard Of Oz yang dijemput khas oleh pihak sekolah.
Melihat keadaan Danish yang terlalu takut, tak elok untuk paksa.
Not good for him.
And for sure he just keep crying all the time.
Jadi dia buat keputusan untuk benarkan Danish balik dulu.
Datang semula lepas persembahan teater tu tamat.

Muka budak happy tak perlu tgk scary wizard...

Persembahan pukul 9, dan akan berakhir pukul 10.30 pagi.
Jadi pukul 10.30 pagi saya hantar semula Danish ke pejabat.
Masa kami sampai tu, kawan-kawan Danish sedang beratur keluar dari dewan.
Just in time.
Cikgu terus memimpin tangan Danish menuju ke kelas.
Wajah Danish pun kembali ceria.
Saya pun lega....

Balik rumah baru saya google apa it "Wizard of Oz".
Teringin juga nak tgk rupa wizard yang menakutkan Danish tu.
Apa, mommies pun nak tgk jugak?
Jom kita layang Youtube ni...


Hurm, not scary enough.
Macam mana lah Danish bukan main takut lagi...
Hilang macho tau!

6 comments:

  1. heheheh.... biasalah tu kak bdk2... kadang dia terpikir yg bukan... imaginasi mereka tuh kadang yg bt jd tkt hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hehehe..rsnya bukan danish sorang jer tau takut, aidan kalo tgk nie pun sure takmo tibur dlm bilik dier..siap tutup mata, lari lagi..:)

    ReplyDelete
  3. budak2 mmg ada benda yg depa takutkan..yelah klu dibiar tengok maunya nangis je kerja danish,comel betul perangai.hehe..

    ReplyDelete
  4. Nyimak info dulu
    Uh ya, blog anda sudah saya follow. Mohon follow back blog saya ya :)

    ReplyDelete
  5. oo kalau dia dah takut
    takleh nak paksa,
    rasanya masa kecik-kecik dulu
    pernah layan movie ni

    ReplyDelete
  6. Alahai..danish oo danish..rupanya dlm hati ada taman!!hiii..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails