Wednesday, February 17, 2016

Kudis

Lately ni, makin lemau nak update blog.
Nak kata sibuk sgt tu tak de laa...
Cuma nak cari masa berblog tu yg agak susah.

Dah la minggu ni pelajar2 dah mula kuliah.
Petang ni dah ada kuliah yang pertama.
Haih, naper la kejap sgt mereka cuti.... huhuhu

Hari ni saja nak publish gambar yg dah lama simpan dalam draf.
Gambar december tahun lepas lagi ni.
Masa Danish kena kudis masa dua minggu terakhir persekolahan.
Kesian dia, satu badan gatal2 dan berkudis.
Lupa dah apa nama kudis ni bila bawa ke klinik.
Muka tetap senyum bila nak bergambar :)
Kudis kat kening Danish tu ambil masa juga nak hilang...

Ni pula kudis di bahagian belakang...
Sepanjang badan Danish berkudis, memang kena pantang makan.
Makanan yang paling dilarang ada;ah telur dan juga seafood.
Tapi Alhamdulillah, bila Danish dah mula cuti sekolah semua kudis2 tu makin hilang.

Aisyah pun pernah kena kudis juga masa dia kecil...
Tengoklah gambar Aisyah ni, hingga rambut pun terpaksa dicukur nak bagi kudis2 tu cepat kering...
Nasib baik sekarang dah comel pun anak dara ni :)

11 comments:

  1. sian nya danish kak... besar lak tu kudisnya... lagi2 kt kening ngn kt belakang tuh...
    doc bgtau ke kak apa puncanya?

    si anak dara tuh berkudis tp ttp comei montel hehehe

    ReplyDelete
  2. Ada yg alahan mungkin tak Nur
    Kalau tengok tu macam serious sangat
    Budak nak kena berpantang itulah yg payah. Nasib baik kena masa cuti sekolah bolehlah control. Kalau hari sekolah membeli di kantin tak siapa tahu.

    ReplyDelete
  3. Alahai kesian pulak tengok muka danish tu berkudis..
    Barjangkit disekolah ke Nur..
    Alhamdulillah semakin pulih ye Nur..
    Semoga cepat elok lah penyakit kudis tu..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya...akak ni ada ekzema tahu camne siksanya kena sakit kulit ni...meremang bulu roma menahan gatal..

    ReplyDelete
  5. gatal2 tu yg tak sanggup mesti tak selesa je kan...malam2 pon kompom tido tak lena di buatnye...sian sampai ke muka sume kene...moga cepat2 sembuh

    ReplyDelete
  6. kesiannya..sbb pernah kena masa kecik dulu..seksa woo kudis ni..bila org lain kena tambah2 anak kecil macam danish ni..aduh memang kesian sangat..klu yg jenis boleh pantang tu takpe..

    ReplyDelete
  7. ni mesti kudis berjangkit dr kawan2 ni .. tak pun disebabkan hama ke

    ReplyDelete
  8. Samalah Bijen mak pun kurang mood menulis ni ....memasing kena wabak sawan kot haha...

    Kudis apa tu ek...berair dan bernanah tak? Kalau masa okje kecik dulu dulu, femesnya kudis buta....menyerang kat tangan dengan kat kaki

    ReplyDelete
  9. Kasihannya. Kena kudis macam ni kena jaga pantang makan. Takut ada alahan dengan makanan atau benda lain juga.

    ReplyDelete
  10. Kasihannya Danish. Nampak macam serius. Takut saya sekadar melihatnya sahaja. Nasib baik tak berbekas kan, Nur.

    ReplyDelete
  11. Alahai kesiannya. Teruk jugak kudisnya tu kan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails