Ni sebenarnya kisah hari Sabtu, 22 Okt lepas.
Skrang dan masuk 6 Nov.
Dah tak lama nak masuk tahun baru.
Huhuhu...
Rasa banyak lagi target tak tercapai tahun ni.
Eh, dah melalut ke lain pula...
Rentetan minggu SUKIM 2016..
Seminggu lepas tu baru diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah...
Sebelum majlis penutup, diadakan juga acara sukaneka untuk kanak-kanak.
Anak2 yang paling eksaited bila saya kata ada sukaneka.
Kalau ikutkan, pagi Sabtu tu saya tak berapa sihat.
Pening kepala dan muntah2 (muntah ni tiada kaitan Aina nak dapat adik yea!!)
Tapi sebab dah beritahu awal2 yang ada acara sukaneka kat mereka, awal2 pagi mereka dah bersiap.
Rasa tak sampai hati pula nak cancel ke program penutup tu.
Jadi bersiap juga la dalam keadaan yang tak berapa sihat tu :(
Masa ni pelajar baru nak susun kumpulan sukaneka.
Ada dua kumpalan sahaja, jadi team boys lawan team gegirl.
Satu game ni jer saya sempat snap gambar.
Lepas tu kepala mula rasa pening dan tak lama lepas tu kena cari toilet utk muntah.
Rasanya ada empat game yang mereka main pagi tu.
Nasib baik mereka bertiga dah pandai berdikari utk main game yang dijalankan :)
Untuk acara sukaneka, setiap peserta dapat hadiah hamper.
Seronok sangat mereka dapat hamper.
Ada juga cabutan bertuah.
Tak sangka, melekat juga satu nombor cabutan bertuah yang dipegang oleh Irfan :)
Untuk game, staf berjaya juga bawa balik beberapa pingat sebagai kenangan.
Alhamdulillah...
Balik dari majlis penutup, terus tidur.
Alhamdulillah, lepas tu baru rasa sihat sikit.
Betul la kan, kadang2 kita sakit tu as a warning that our body need to rest :)
Seronok sangat mereka dapat hamper.
Ada juga cabutan bertuah.
Tak sangka, melekat juga satu nombor cabutan bertuah yang dipegang oleh Irfan :)
Untuk game, staf berjaya juga bawa balik beberapa pingat sebagai kenangan.
Alhamdulillah...
Balik dari majlis penutup, terus tidur.
Alhamdulillah, lepas tu baru rasa sihat sikit.
Betul la kan, kadang2 kita sakit tu as a warning that our body need to rest :)
Apa yg kakak suka anak-anak semua ikut terlibat sama
ReplyDeleteSo sama-sama enjoy
Ada luck pulak memang balik senyumlah anak-anak Nur
Cuma umi dia kurang sihat - apa boleh buat nak bagi kita rehatlah Nur kan.
comel ja anak2 semua bersukaneka tu.. sesekali bersukan ni mmg best, wlaupun agak penat, kan NUr... tahniah dapt jugak cabutan bertuah, rezeki...
ReplyDeleteSeronok diaorang ye Bijen bila dengar ada sukaneka....
ReplyDeleteAlahai mama tak sihat pulak...... salah makan ke?
hee~ suka tengok anak2 akak.. semoga anak2 saya pun sama la gitu..
ReplyDelete