Friday, December 23, 2016

Babai melaka

Dari hari Selasa lepas, kami sekeluarga bercuti di Melaka.
Ni dah on the way balik.
Sementara tunggu abah dan irfan solat Jumaat, ada baiknya update blog dulu 😊

Update blog sambil mengadap selat melaka.
Harapnya ada la idea utk menulis :)

Hari selasa, bertolak dlm pkl 10 dari putrajaya terus ke Bayou Lagoon Resort (BLR).
Sampai BLR dalam pkl 12.
Ingat nak terus check in, tapi ramainya org yg sedang tunggu giliran nak check out.

Jadi terus ke kaunter tiket utk beli pass ke waterpark.
Tapi adik yg bertugas di kaunter sarankan utk sy check in dulu utk jimatkan kos.

Jadi beratur juga utk check in.
Dah nak dekat pkl 1 dah masuk ke bilik.
Jadi rehat2 dulu sementara tunggu masuk zuhur.
Dah selesai semua dan anak2 dah siap pakai swim suit, sampai la giliran utk anak2 main kolam.

Hari selasa tu mmg aktiviti mandi kolam
aje la.

Hari rabu, bersiap dan check out utk next destinasi, A Famosa Resort.
Check out dlm pkl 9.30 pagi.
Lepas check out, singgah dulu bergambar di 3D Art museum.



Lama juga ambil masa posing dlm museum tu.
Dalam pkl 10.30 baru bertolak ke Alor Gajah.

Dalam pkl 11 lebih tiba di A Famosa resort.
Terus ke taman safari.
Kami ambil pakej safari dan old west termasuk makan tgh hari.

Alamak kena stop kat sini dulu.


4 comments:

  1. Sementara anak-anak cuti bila lagi nak jalan kalau bukan masa ini kan Nur
    Anak-anak gembira kita pun lega. Mesti balik ni lena. Sampai rumah seminggu tak habis cerita tu Nur. Nur pasang telinga mereka sembang adik-beradik:)

    ReplyDelete
  2. mmg serata semenanjung dh jelajah ye kak cuti2 nih

    ReplyDelete
  3. Seronok la mandi-manda di Bayou Lagoon...

    ReplyDelete
  4. Oh bercuti ke Melaka rupanya. Best ke Bayoo tu Bijen? Ada anak anak oklah kot ek. Boleh main air. Ni mmg betul betul cuti ni nampaknya haha....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails