Thursday, January 26, 2017

Halatuju pelajar sekolah rendah swasta

Sejak balik ke Malaysia Julai 2015, kat mana nak hantar anak2 sekolah adalah antara cabaran utama.
Cuba juga risik sekolah Irfan sebelum kami fly dulu.
Malangnya, untuk kelas darjah 4 dah penuh.

Jadi kena fikirkan sekolah lain untuk tempatkan Irfan dan Aisyah.
Sekolah yang ada sekitar rumah bukannya tak bagus, tapi concern utama saya adalah bilangan pelajar dalam satu satu kelas yang sgt ramai.
Kesian pula kat Irfan dan aisyah.
Dah la nak biasakan diri dengan sistem pembelajaran di M'sia, dalam masa yg sama tak selesa belajar dengan bilangan pelajar yg ramai dalam satu kelas,
Yang paling saya takuti sekiranya anak2 tercicir sbb cikgu tak sempat nak kawal.

Sekolah yang anak2 belajar sekarang adalah sekolah rendah islam.
Sekolah yang menepati ciri2 yang dicari, yang penting bilangan pelajar setiap kelas tidak melebihi 30 orang.
Satu lagi bonus, bila ada cikgu yang juga merupakan bekas pelajar2 saya... hihihi.

Jadi bila bukan sekolah kerajaan dan Irfan pula dah darjah 6, mula la terfikir apa halatuju Irfan lepas habis sekolah rendah nanti.
Kalau sekolah kerajaan, banyak kemudahan2 yang disediakan berbeza dgn anak2 dari sekolah swasta.

Menarik pula perkongsian dari Dr Karmila Abdullah ni. Tempek kat blog agar tak hilang...

As for me, ni jawapan saya
1. Nak anak sekolah integrasi Islam (with all the Islamic values, etc..etc), masa persekolahan yg fit my schedule dan kurang permasalahan logistic.

2. Tak brapa nak cukup….boleh lar korek2 tp kena ikat perut on other expenses. Prefer kalau dapat public school/government funded school. 

3. Sebolehnya nak sekolah integrasi sains-islamic. The best is ulul-albab. 

4. Asrama – disebabkan jawapan No.3 dan beberapa alasan lain.

Now, perkara utama yang perlu tahu.

1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.

2. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).

3. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.

4. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE.

5. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara OFFLINE.

Sekarang, kita ulas perkara di atas satu persatu.

1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.
Sekiranya anak2 layak memohon SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Agama, parents boleh pergi ke Pejabat Pendidikan (Pelajaran) Daerah untuk mengisi borang ASBS (Permohonan Kemasukan Murid dari Sekolah Agama/ Swasta/ Persendirian/ dan Belajar Semula ke Sekolah Menengah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia)
Setelah diterima masuk ke sekolah menengah kerajaan, bolehlah membuat rayuan untuk kemasukan ke SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Kelas Aliran Agama - 2nd intake ke atas. Melalui maklumat yang saya dapat dari pegawai di PPD dan dari kawan2 yang dah melalui proses ni, parents perlu juga berjumpa dengan Pengetua sekolah yang dikehendaki dan membuat pertanyaan & permohonan di situ.
Kalau nak tukar masuk sekolah menengah kerajaan aliran biasa pun kena isi borang ASBS tu yer.

2. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).
Pada 2015, my 1st son ada isi borang permohonan untuk sekolah agama menengah bantuan kerajaan – sekolah di bawah JAIS secara online. Permohonan ditolak dan tidak boleh buat rayuan kerana tiada sijil PSRA. Pada tahun 2016, saya pastikan my 2nd son ambil PSRA secara ‘calon tumpang’….malangnya result tak cantik maka permohonan juga ditolak. Ada classmates my son yang diterima kerana result yang cemerlang (Mumtaz).
So, utk pelajar sekolah swasta yang tdk ambil PSRA bolehlah cuba jadi calon tumpang dimana2 sekolah agama/KAFA dalam Selangor yang sudi terima tapi kena pastikan dapat MUMTAZ…besar punya!!! Rayuan boleh dibuat berulang kali. Biasanya selepas keputusan MRSM akan ada murid yang keluar jadi peluang masih ada.

3. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.
Somehow, MRSM is the easiest option bagi pelajar2 sekolah swasta yang layak untuk ke ‘asrama penuh’. Just alert bila MARA keluarkan advertisement. Bagi pelajar sekolah swasta integrasi, MRSM Ulul Albab adalah pilihan utama. Semua MRSM kena mohon dan kena jalani interview. Kalau nak anak ke Ulul Albab, latih mereka menghafaz dari awal lagi.
Lagi satu, pastikan juga anda dah bayar hutang dengan MARA kalau ada atau pastikan orang2 yang anda jamin pinjaman mereka dgn MARA bayar hutang sebab silap gaya permohonan anak anda akan ditolak. Kalau dah ditolak dan kemudian pg settle hutang tu InsyaAllah boleh buat rayuan for 2nd, 3rd, 4th intake….heheheh….

4. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE.
SMKAKL adalah sekolah dibawah KPM yang menjalankan sistem Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Permohonan memang ada dibuka untuk pelajar dari sekolah swasta, kena alert dengan iklan atau boleh call JPWKL untuk pertanyaan. Pada 2015, kena pg JPWKL utk isi borang di sana, 2016 borang boleh download dan kemudian submit sahaja. Temuduga bagi calon2 swasta akan dibuat kemudian dari calon2 SRK dalam Kuala Lumpur. Surat tawaran pun akan keluar kemudian. This year kami cuma ada masa 3 hari untuk prepare barang2 selepas dapat surat tawaran.
Bagi calon yang mohon dan tak berjaya, boleh cuba rayu dan rayu sebab bila tawaran MRSM keluar pasti ada pelajar yang berhenti utk masuk MRSM. Rayuan kena buat di JPWKL. Err…yang tak mohon pun boleh juga cuba mohon….last year katanya ada 3rd interview session.

5. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara ONLINE/OFFLINE.
Yang ni saya takde pengalaman sendiri. Base on cerita yang dikongsi oleh parents lain. Ada yang mohon dan diterima ke Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Boleh hubungi sekolah2 berkenaan untuk maklumat dan membuat permohonan.

Apa lagi pilihan yang ada kalau nak anak masuk tahfiz integrasi???

1. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Pahang boleh memohon masuk ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Setahun akan ambil 50 pelajar sahaja jadi competition sangat sengit. My 1st son sangkut kat interview pertama, 2nd son dpt sampai ujian simulasi. Bukan rezeki mereka. Ada yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM300/month).

2. Sekolah di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada membuka permohonan secara online kepada pelajar2 dari sekolah rendah swasta tapi Nampak gayanya peluang tidak berapa cerah. Mungkin faktor kawasan sekolah (luar KL), atau mungkin faktor pendapatan ibu bapa (melebihi kelayakan).

3. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Terengganu boleh mohon Imtiaz Yayasan Terengganu. Orang luar pun blh mohon tapi quota cuma 5% sahaja. Ada interview dan ada juga yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM270+/month).

4. Ada banyak lagi sebenarnya tapi mostly are fully private school atau sekolah yang dibiaya oleh lembaga zakat jadi ibu bapa yang middle income ni sama ada tak ‘mampu’ bayar atau tak diterima sebab tak masuk dalam kategori layak terima duit bantuan zakat.

Anyway, pilihan ditangan kita….tapi kena merancang dari awal. Good luck parents!!!

**NOTA TAMBAHAN: Penglibatan dalam ko-kurikulum SANGAT2 penting. Pastikan anak2 anda kumpul sebanyak mungkin aktiviti. Tak dapat aktiviti dalam sekolah, hantarlah pg buat aktiviti luar sekolah.

Oh, please share your experiences….

Mommies, ada tak pengalaman yang boleh dikongsi bersama??

9 comments:

  1. Mana-mana sekolah yang mudah untuk anak-anak dan ibu bapa. Itu yang ok.

    ReplyDelete
  2. Ohhhh....Tak de pengalaman Bijen, jawapan mudah haha...Eh tapi betullah. Anak anak mak semuanya sekolah kerajaan Bijen, jadi dari segi kemasukan ke MRSM atau SBP mmg tak de problem cuma kelayakan pulak tak mengizinkan. Tak apalah yg penting mereka dapat sekolah. Apa apa pun moga Irfan dan Aisyah dapat sekolah yg baik. Mak tumpang bangga jadiklah weyh hihi

    ReplyDelete
  3. "3. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Terengganu boleh mohon Imtiaz Yayasan Terengganu. Orang luar pun blh mohon tapi quota cuma 5% sahaja. Ada interview dan ada juga yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM270+/month)."

    Assalamualaikum wbt. Saya terpanggil untuk membetulkan statement diatas. Anak saya bersekolah di Imtiaz Terengganu. Kami bukan orang Terengganu dan layak atas kuota luar. Untuk makluman, tiada bayaran bulanan sebanyak RM270++. Sama macam sekolah berasrama lain. Duit makan beza ikut pendapatan sama ada RM750 setahun atau kurang dari itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu Cara nak mohon bagi pelajar luar dari terengganu?

      Delete
    2. Terima kasih puan, atas pembetulan.

      Delete
  4. Nak sekolahkan anak dekat sekolah private tak?

    https://www.lookp.com/malaysia/private-school

    Kalau nak ni saya ada jumpa senarai sekolah private sekitar Malaysia. Tapi Mahal sikit la. Dan mungkin tak la sepenuh sekolah kerajaan. Nak anak selesa kan???

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...sbb sgt2 membantu.. saya nak sekolahkan anak di sebuah sek swasta berdaftar di bawah jais...

    ReplyDelete
  6. Boleh ke, anak d sekolah rendah swasta nak mohon sekolah imtiaz terengganu. Jika result di izinkan. Tq

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang sangat bermanfaat .. terima kasih ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails