Tuesday, August 23, 2011

sambutan ringkas

Disebabkan hari lahir irfan dan hari lahir aisyah jatuh pada bulan puasa pada tahun ni, maka sambutan yang dibuat hanya ala kadar sahaja.

Saya cuma beli sebiji kek dan potong selepas solat maghrib. Sekadar meraikan hari bermakna anak-anak.

Kali ni nak tempek gambar jer... buat kenangan anak-anak nanti :)

Ni kek Irfan, Oreo Ice Cream Cake...
letak enam batang lilin sebab birthday ke enam
lilin tak pasang pun, sebab lupa tulis 6th...

Acara memotong kek oleh birthday boy
diperhatikan oleh aisyah dan danish
danish sedang berusaha nak tanggalkan topi

Irfan posing dgn birthday gift
hadiah ni memang dia yang request
nak origami set... bagus juga utk enhance kreativiti kanak-kanak

Ni pula kek aisyah, mmg dia request nak kek strawberi
so, saya belikan strawberry cheese cake
birthday girl yang sedang makan buah strawberi
lepas makan kek, aisyah tanya, "ummi, mana hadiah?"
saya jawab,"kan ummi dah beli basikal... hadiah hari jadi la tu."
"Alaa... tu bukan hadiah sebab ummi tak bungkus!"
Adoii... hari tu beria nak basikal sebagai hadiah hari jadi
tup tup, nak yang berbungkus pulak...
pening kepala ummi... huhuhu
so, terjadi la adegan mcm ni
birthday girl dengan mulut muncung sebab tak dapat hadiah berbungkus
hihihi... kiut pulak bila tengok balik gambar ni

NuKilaN:

Monday, August 22, 2011

hari lahir ke-4

22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432 H, genaplah umur Aisyah empat tahun.
Sekejap jer anak dara saya ni dah besar :)

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan Asiyah sangat indah. Sepanjang mengandungkan aisyah, ada juga dua tiga kali bleeding apabila berjalan jauh menaiki kereta disebabkan uri berada agak rendah. Tapi dalam bulan terakhir kehamilan, uri berada dalam kedudukan normal.

Alhamdulillah, proses melahirkan Aisyah juga berjalan lancar. Aisyah lahir sehari selepas majlis kahwin Ayah Fiz di rumah tok ummi. Pandai pula Aisyah tunggu majlis selesai dulu, baru keluar dari perut ummi yer!

Sakit perut mula dirasa pagi 22 Ogos 2007 dalam pukul 10 pagi. Disebabkan ramai juga sanak saudara yg kebetulan sakit perut (mungkin disebabkan makan gulai yang dah tercemar), saya biarkan jer rasa sakit yang sedang memulas. Tiba-tiba terdetik dalam hati, jangan-jangan sakit perut ni adalah tanda nak bersalin?

Kemudian, saya sibuk bertanyakan mak2 saudara yang masih berada di rumah (mcm mana sakit perut nak bersalin?). Kelakar sangat rasa, macam nak bersalinkan anak sulung pula. Memang betul-betul lupa, macam mana rasa sakit bersalin. Dalam sejam dua tu, saya asyik berulang-alik ke tandas. Tapi tak de pula sebarang hasil buangan. Tanda nak bersalin pun belum ada.

En suami dah ajak pergi hospital. Saya kata, "Tunggu zuhur dulu la. Lepas sembahyang, baru kita ke hospital". Dalam pukul 1, tiba-tiba datang rasa sakit memulas yang mendadak tapi masih boleh ditahan. Masa tu baru saya betul-betul confirm, ha ah, ni memang betul sakit nak bersalin ni. Bila masuk waktu zuhur, saya terus solat zuhur. Masa solat zuhur tu pun, memang sedang menahan sakit contraction.

Lepas solat, saya terus bersiap nak ke hospital. En suami nak solat dulu pun saya tak kasi sebab rasa sakit yang semakin tak boleh tahan. Dalam perjalanan ke hospital (jarak rumah ke hospital dalam 8 km), sakit memulas tu datang sangat kerap. Dalam tiga minit sekali contraction melanda. Risau juga takut tak sempat ke hospital sebab memang dah rasa nak meneran, tapi saya tahan jer. Nanti tak pasal-pasal En suami yang kena jadi bidan kalau bersalin dalam kereta :)

Bila sampai di hospital, saya terus disorong ke dalam labor room ditemani ummi saya (ummi masih sihat ketika itu). En suami terus ke surau untuk solat zuhur selepas parking kereta.

Dalam beberapa minit, Dr Suzi datang. Dr Suzi pegang dan golekkan sedikit bahagian perut. Serentak dengan itu, terdengar air ketuban pecah dan kain terasa panas dibasahi air ketuban. Kemudian Dr Suzi kata, "Nur, sekarang awak dah boleh teran". " Eh, betul ke Dr, dah boleh teran ni?". " Ah, ah. Bila rasa contraction, terus kumpul tenaga dan teran yer!".

Dalam rasa percaya tak percaya, saya terus meneran dengan sepenuh tenaga bila rasa contaction datang. Alhamdulillah, Aisyah berjaya dikeluarkan dengan sekali teran. Masa tu, macam tak percaya jer. Eh, betul ke saya dah bersalin ni?

Lepas bersalin, baru sedar yang En suami tiada di sisi. En suami tak sempat nak tengok detik bersejarah Aisyah dilahirkan. En suami kata, "Lepas abang solat, memang dengar suara baby menangis. Tapi, macam tak logik kalau ayang dah bersalin". Saya cuma senyum jer sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Syukur alhamdulillah sebab segalanya telah dipermudahkan oleh-Nya.

Terasa keluarga dah lengkap dengan kehadiran puteri saya, Aisyah binti Azahan! Itu kejadian empat tahun lalu.
Aisyah, beberapa jam selepas dilahirkan

Kini, Asiyah dah besar panjang. Seorang yang sangat petah berbicara dan kuat pendirian. Bila bersoal-jawab dengan aisyah, kena beri jawapan yang aisyah betul-betul puas hati baru sesi soal jawab tu akan berakhir.
Selamat hari lahir yang ke-4, Aisyah!
Semoga Aisyah berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Ummi sayang aisyah... muuuahh!
NuKilaN:

Tuesday, August 16, 2011

bila adik dan kakak solat

Danish sekarang suka ikut apa yang si kakak buat. Kadang-kadang ada juga adegan si kakak dibuli oleh si adik. Apa yang saya nak kongsi hari ni  adalah telatah mereka yang belajar solat.

Mula-mula, danish perhatikan jer aisyah yang sedang solat. Ada juga danish ikut sikit-sikit apa yang aisyah buat. Tapi lagi banyak pemerhatian berbanding tindakan :p
Sedang danish memerhati aisyah solat, tiba-tiba telefon abah berbunyi. Kebetulan abah belum selesai mandi dalam bilik air. Cepat-cepat danish capai telefon dan kasi kat aisyah. Even masa tu aisyah masih lagi solat - hihihi, kelakar pula rasa masa saya perhati gelagat dua beradik ni.
Aisyah yang tak nak hampakan perasaan di adik, terpaksa melayan danish. Sedang solat pun boleh cakap telefon. Hahaha, ummi memang duk tahan gelak jer. Siap letak kat telinga kakak suruh cakap telefon.
Lagi satu perasan tak yang aisyah dah bertukar sejadah.. ini pun gara-gara danish juga... sekejap nak sejadah besar, sekejap nak sejadah kecil.. nasib baik si kakak seorang yang sabar dan bertolak ansur dengan danish. Kalau tak, mesti kecoh sebab berebut sejadah. Kakak memang baik, kan?

NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails