Thursday, November 3, 2011

bengkak lagi

Mode sekarang: lemah lemah badan.

Dah lama tak jadi macam ni.
Sebabnya semalam saya bengkak susu lagi.
Dah lama tak kena bengkak susu.
Kali terakhir kena bulan Julai tahun lepas (seperti kisah di sini).

Semalam balik kerja agak lewat. Masuk jer kereta, pasang radio dah dengar orang azan Maghrib. Masa tu memang dah rasa tak sedap badan. Ingatkan sebab lewat makan. Lunch saya ambil pada pukul 6.30 ptg selepas sarapan pada pukul 9 pagi. In between ada makan sedikit buah dan kuih untuk alas perut.

Balik rumah, danish merengek nak minum susu. Lepas minum susu, danish terus tidur hingga ke pagi. Sangat lega rasanya bila danish tidur awal. Lepas solat Maghrib, saya terus tunggu solat Isyak. Masa tu memang dah nak menggigil tapi tahan lagi. Bila check suhu, 37.8. Ok la sebab tak tinggi sangat.

Lepas solat Isyak, terus tidur. Masa tidur baru sedar yang B sebelah kiri ada sedikit benjolan. Padahal danish baru jer menyusu sebelah kiri. Saya cuba urut supaya perlahan-lahan supaya sakit berkurangan. Bila tak berjaya juga, saya kejutkan danish untuk menyusu sebelah yang sakit. Nasib baik sakit sedikit berkurangan selepas danish menyusu.

Bangun pagi ni masih terasa lemah-lemah badan. Tapi terpaksa gagahkan juga diri ke tempat kerja. Harapnya bengkak ni tak berpanjangan. Sentiasa cuba positifkan diri - bila B bengkak, itu bermaksud susu masih banyak :), hehehe, sekadar sedapkan hati diri sendiri. Doakan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

Sunday, October 30, 2011

elak bayi menggigit semasa menyusu

Dalam entry lepas, saya ada kongsi cerita berkaitan hobi danish yang suka menggigit. Tapi saya masih lagi bernasib baik sebab setakat ini, ketiga-tiga anak tidak pernah menggigit semasa menyusu.

Setiap kali dengar cerita kawan-kawan yang putingnya berdarah tiap kali digigit oleh bayinya, saya jadi sangat takut. Tak boleh nak bayangkan, puting sedang berdarah dan bayi masih lagi menyusu di nipple yang berdarah tersebut. Saya banyakkan membaca dan mencari tips untuk mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu.

Untuk ketiga-tiga anak, saya selalu amalkan dua perkara berikut:

Pertama, sebelum bayi tumbuh gigi, saya selalu bersembang dengan bayi semasa menyusu. Setiap kali bayi cuba menggigit puting, saya selalu ingatkan supaya jangan berbuat demikian bila dah tumbuh gigi. Saya selalu cakap, "Adik, bila dah ada gigi, jangan gigit ummi tau... nanti kalau ummi sakit, adik juga yang tak dapat minum susu ummi."

Kedua, bila bayi tiba-tiba menggigit semasa menyusu, jangan sekali-kali menjerit. Jika kita menjerit, bayi akan tersilap faham. Bayi ingatkan kita seronok dengan gigitannya. Jadi dia akan terus menggigit untuk terus bergurau dengan si ibu.

Untuk mengelakkan salah faham ini, cuba bertenang tiap kali digigit. Apa yang saya buat, saya cuba hentikan  penyusuan dan dengan memandang tepat ke mata si bayi, saya akan beri amaran, "Kalau lagi sekali adik gigit ummi, ummi dah tak nak kasi susu ummi kat adik!" dengan nada yang sedikit tegas dan muka yang sedikit garang supaya bayi tidak mengulangi perlakuannya. Setakat ini, ketiga-tiga anak terkesan dengan amaran yang diberikan :)

pic from google

Mommies:: jom la share  pengalaman/petua mummy :)

NuKilaN:
 

Monday, October 24, 2011

kena gigit

Antara hobi danish sekarang ni adalah mengigit. Semua jenis benda dia akan gigit termasuklah orang sekelilingnya. Mula-mula danish akan gigit baju dulu. Bila ke"geraman"nya bertambah, dia akan terus gigit orang yang pakai baju tu.

Kadang-kadang, sedang saya ralit menonton tv, pasti terkejut bila rasa gigitan manja kat bahu. Kalau gigitan manja tak pe lagi, takde la rasa sakit sangat. Tapi kalau gigit + geram, tahap kesakitan tu adalah sangat maksima.

Kalau danish gigit kat bahu, takde la rasa sangat sebab bahagian tu takde isi untuk danish tarik. Tapi kalau sedang ralit mengadap laptop sambil kaki berjulur di bawah meja kopi, dan dengan pantasnya dia menggigit ibu jari, rasa macam nak terputus jer ibu jari ummi. Alahai, danish..... anak-anak lain tak pula suka menggigit macam danish ni, huhuhu.
Gambar bukti... handset ummi pun jadi mangsa

Tapi biasanya ummi dan abah yang selalu jadi mangsa danish. Tak pernah pula Irfan atau Aisyah mengadu kena gigit oleh adiknya. Tiap kali saya menjerit sebab terkejut dengan gigitan danish, Irfan pasti akan menawarkan tangannya untuk digigit oleh danish. Tapi bila diberi tawaran sedemikian oleh abangnya, tak de pula danish mengigit sekuat hati seperti yang diperlakukan kepada ummi dan abahnya. Pandai kamu yer, si kecil danish :)

Lepas gigit, pasti ada kesan gigi di tempat yang kena gigit. Gambar ni saya snap lepas danish gigit Irfan dengan tahap kegeraman yang tinggi selepas Irfan berkali-kali menyuakan tangannya untuk digigit oleh danish.
Ia juga mengingatkan saya dengan satu video yang cukup popular di youtube, "Charlie bit my finger". Memang mengigit tu cara seorang bayi menunjukkan kasih sayang kot? Yer dop?
sweet kan video ni?

Saya pernah terbaca satu kajian oleh penyelidik, kanak-kanak yang suka menggigit orang ni adalah disebabkan oleh mereka tidak puas menyusu semasa kecil. Erm, tapi danish masih lagi menyusu atau disebabkan saya tak pernah membiarkan danish menyoyot lama-lama? So dia lepas gian menyoyot tu kat ummi dan abah dia....hahaaha, suka hati jer buat hipotesis sendiri...

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails