Monday, July 2, 2012

TB Screening

Masa cuti sekolah lepas, anak-anak kena buat TB screening (Mantoux test). Alhamdulillah, mereka bertiga memberi kerjasama yang sepatutnya.

Aisyah yang sukarela nak mula yang pertama. Sempat jugak Aisyah jerit, "Ouch!". Saya dah risau takut danish akan refuse.

Lepas Aisyah, diikuti oleh Irfan dan seterusnya danish. Ternyata danish paling berani antara mereka. Sangkaan awal saya sangat meleset. Ni gambar selepas kejadian...

Aisyah posing dulu... ubat dicucuk di lengan sebelah kiri
 Kemudian adik pula posing
cucuk kat lengan, tapi letak kapas kat pergelangan tangan
Apa apa aje la adik...
 Posing dari si abang pulak
 Mereka bertiga
Selepas tiga hari, nurse datang semula untuk check keputusan
Tentu sekali keputusannya negatif!
Dalam borang tu juga dinyatakan kenapa mereka perlu menjalani TB screening
"Parent born in a country with a high TB rate (Malaysia)"
Baru saya tahu, Malaysia mempunyai kadar jangkitan TB yang tinggi!

NuKilaN:
 

Thursday, June 28, 2012

three bears


Ni kisah Aisyah di semester lepas. Mereka belajar tentang Goldilocks and the three bears. There are papa bear, mama bear and baby bear...... 

Balik sekolah, Aisyah selalu cerita pasal bears dan goldilocks. Ada juga masanya cikgu menyuruh pelajar membawa teddy bear atau anak patung ke sekolah. Ya, mereka belajar sambil bermain. Belajar tentang sesuatu istilah dalam bermain. Tentu sekali mereka sangat seronok.

Ni hasil kerja Aisyah - papa bear, mama bear and baby bear!


Untuk semester ini pula mereka belajar tentang burung hantu @ OWL.
Setiap hari mesti ada laporan tentang owl.
Yang best, cikgu ada juga bawa owl secara life ke kelas mereka.
Saya sendiri pun belum pernah tengok owl secara life, tapi Aisyah dah pegang owl.... 
Best kan cara mereka belajar?


NuKilaN:
 

Wednesday, June 27, 2012

Cerita Carboot


Biasanya setiap pagi Ahad, aktiviti kami sekeluarga adalah mengintai barang terpakai di carboot. Anak-anak paling seronok bila dapat ke carboot. Banyak toys yang dijual dengan harga yang sangat murah iaitu serendah 10 pence.

Sebelum ni tak pernah pulak kereta terlekat. Entah macam mana, kereta tiba-tiba terlekat dalam lopak semasa nak parking kereta. Nasib baik ada jugak mat saleh yang sudi menolong. Dia menawarkan untuk menarik kereta kami menggunakan kereta 4WD yang dipandunya. Selesai masalah!
Maka, boleh la anak-anak meneruskan niat mereka merembat apa yang patut dari carboot ni..
En, danish beli baby doll?
 Irfan pulak dapat wooden puzzle, 50pence
kalau convert, dalam RM2.50
 si adik seronok dapat lari-lari di padang yang luas
 maklumlah selalu hari biasa, kena kurung dalam rumah jer
 Aisyah pun posing sama
suka sangat pakai kasut but
kaki tak sejuk katanya
 si abang yang mengawal si adik
takut sesat katanya
Sekian, kisah cerita dari carboot

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails