Awal semester hari tu, Irfan tunjukkan surat yang diberi cikgu kelas iaitu surat lawatan kelasnya sepanjang sesi persekolahan 2012/2013. Sesi sekolah terbahagi kepada tiga term. Sekarang term autumn.
Setiap term terbahagi kepada dua, term 1 and term 2. Maka, kelas Irfan akan mengadakan lawatan sebanyak 6 tempat sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Jumlah kos untuk lawatan sepanjang tahun GBP30 (nak convert kena darab 5). Nak bayar sikit2 pun boleh. Nak bayar sekaligus pun boleh. Saya bayar terus sekaligus, takut lupa :)
Dengan gigihnya saya cuba google apa sebenarnya tempat-tempat yang bakal dilawati. Maka bertemu laa dgn link2 berikut:
4.
Cartwright Hall - http://www.bradfordmuseums.org/venues/cartwrighthall/index.php
5. Retail Research Visit
Untuk term 1 yang lepas, Irfan dah pergi ke National Coal Museum. Ia ada kaitan dengan silibus sains yang mereka belajar iaitu berkaitan dengan jenis-jenis tanah dan batu. Tentunya pengalaman yang manis buat Irfan dapat meneroka sendiri jenis batuan yang dipamerkan dalam museum
Sekarang sekolah sedang cuti utk term 1 Autumn. Sekolah akan buka untuk term 2 Autumn minggu depan (5 Nov). Pada 6 November pula mereka akan ke York Sweet Story. Agaknya, apa pula yang mereka akan belajar di kilang coklat? Hurm....
NuKilaN: