Friday, May 16, 2014

Pakai uniform sendiri

Bangun pagi ni entah kenapa tekak rasa nak makan mee hailam. Jadi bangun pagi lepas gurau senda dgn anak-anak, lepas dengar cerita mimpi masing-masing, saya terus bersilat kat dapur utk memenuhi tekak sendiri. Entah kenapa dalam minggu ni tak lalu sangat makan nasi.

Bila pagi tu baru nak siap semua sekali, terasa la kalut juga. Biasa Irfan dan Aisyah memang dah pandai bersiap sendiri tanpa bantuan. Cuma Danish jer yang kena saya siapkan.

Dalam duk kalut kat dapur, saya saja cakap kat Danish, "Adik pakai la baju tu dulu. Ummi dah letak atas kerusi." Saja nak tengok apa dia buat dgn baju-baju tu. Biasa seluar dan stokin dia dah pandai pakai sendiri. Pakai baju jer yg masih tunggang terbalik lagi.

Tak lama lepas tu, dengar tapak kaki kecil sedang menuruni tangga diikuti suara kecil, "Ummi, adik dah siap!" Wah, terharu ummi dengan kejutan Danish hari ni. Saya terus puji dia, "Paandai anak ummi. Dah pandai pakai baju sendiri." Lepas peluk danish, sempat lagi suruh Danish posing utk snap gambar ni...
Tengok la muka dia yang penuh rasa bangga dapat pakai uniform sendiri. Memang kolar tu dia tak pandai betulkan lagi. Bukan Danish aje tau saya kena betulkan kolar baju tu hari-hari, Irfan dan Aisyah pun sama... huhuhu
Well done, Danish! Dah besar pun dia :)

Nota ummi,
Bila jadi mak ni kan, tgk anak pandai pakai uniform sendiri pun rasa nak buat entry. Hihihi, mommies layankan aje la yer...

Selamat Hari Guru...

16 Mei... Hari istimewa untuk mereka yang bergelar guru.
Selamat Hari Guru buat mereka yang bergelar cikgu dan teristimewa sekali buat my BFF, Tuan Juhaida dan kenalan maya yang selalu bertandang ke sini, Aisy Nasiha.
Tak lupa buat Cikgu Anis yang dah lama tak menulis, tup tup keluar TV jadi selebriti.
Aci la kan nak tempek juga video cikgu Anis tu kat sini buat kenangan...


Tersentuh tgk video tu. Tiba-tiba mata masuk habuk pula..... murninya hati ahli syurga ni. Sabar cikgu Anis melayan karenah mereka setiap hari. Besar ganjaran tu :)

Apa pun, tanpa cikgu siapalah kita pada hari ni.
Marah cikgu menjadikan kita orang berguna pada hari ni.
Terima kasih, CIKGU!

Nota ummi,
Tersentuh juga hati bila ada beberapa bekas pelajar yang memberi ucapan selamat hari guru. Doa saya moga kalian terus berjaya di dunia dan akhirat :)

NuKilaN:
 

Thursday, May 15, 2014

Day 3... Part 4... Titlis Glacier Cave

Salah satu tarikan di puncak Titlis adalah Glacier Cave.
Boleh rasa suasana macam dalam igloo....
Dalam Glacier cave ni, kita boleh tgk pelbagai ukiran daripada ais yang dipamerkan. 
Layan aje la gambar anak2 posing di Glacier Cave ni...

Entah la ni ukiran apa...
 Ni pula anak2 duk ralit main dgn ikan ais...
 Eh, tak nampak pulak ukiran ikan tu....
Erk, menggoda sgt ke tgk ikan besar tu Irfan?
Adik pulak posing dgn apa tu?
 Kesian Danish, nampak topi aje....
 Adik pun nak jugak posing dgn ikan.... tapi mcm biasa, mata pandang ke lain...
 Aisyah dgn ukiran polar bear...

Di hujung "gua ais" ni, ada tunnel macam ni....
Tunnel ni sebenarnya menuju ke Titlis Cliff Walk. Tapi kami jalan sekerat jalan aje. Tak tahu jauh mana tunnel ni. Dengan bilangan kanak-kanak yang boleh tahan ramai, kami buat keputusan patah balik aje la. Tak sanggup nak jalan hingga ke hujung tunnel. Simpan aje niat utk menikmati pemandangan indah dari Cliff Walk tu :)

Next, aktiviti main salji di puncak Titlis. Kita cerita dalam Part 5 yer :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails