Monday, November 28, 2016

Kem Bijak Aulad 2016

Kem Bijak Aulad ni dianjurkan oleh Pusat Islam UMT untuk anak2 staf mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti2 yang berfaedah.
Terbuka kepada anak2 staf yang berumur 6 - 12 tahun.

Hari ni hari kedua anak-anak sertai kem Bijak Aulad ni.
Hantar pagi tadi, sempat dulu bergambar dengan banner program...

Entah kenapa, aisyah malu pula nak posing dengan abang dan adik...
Lapor diri di kaunter pendaftaran...

Muka ceria jer nak sertai kem :)

Harapnya, ok la sepanjang 10 hari mereka sertai kem ni.
Kalau tengok pada tentatif, menarik juga aktiviti yang disediakan.
Ada lawatan sekitar UMT, Explorace, lawatan ke Pusat Sains Terengganu, horse riding dan macam2 lagi.
Ada juga pengisian bila ikuti program macam ni daripada duduk kat rumah layan video dan internet :)
Nak cuti dan bawa mereka jalan2 pun tak boleh lagi masa ni.
Ummi sibuk lagi dengan kuliah... tunggu kuliah habis lagi 3 minggu, boleh la nak jalan2 :)

Wednesday, November 23, 2016

Aina @Chicken Pox

Ahad... 6 Nov 2016..
Sebelum kena chicken pox (CP)

Jumaat... 11 Nov 2016
Hari ke-4 CP

 Sabtu... 12 Nov 2016
Hari ke-5 CP
Hari ke-5 baru Aina tak demam

Ahad... 13 Nov 2016
Hari ke-6 CP
Hari Ahad tu, memang dan naik satu badan...
Yang naik bahagian muka dah beransur kering...
Yang bintik atas mata dan hidung tu agak besar...
Nasib baik tak tinggal parut..

Sabtu... 19 Nov 2016
Alhamdulillah, dah banyak kuping2 yang jatuh..
Bila mandikan Aina dalam besen, boleh nampak banyak kuping2 CP dalam air...

Sebenarnya 19 Nov tu hadir graduation sekolah Danish..
Harapnya sempat la buat entry kenangan nanti :)

NuKilaN:
 

Saturday, November 12, 2016

Jitungan

Masa ambil Aina hari Rabu lepas, kakak pengasuh kat taska beritahu. "Kak, rasanya Aina kena jitungan ni."
 
Saya ingatkan kena gigit apa la agaknya. Serangga jenis apa jitungan ni.

Sy tanya kembali, "Jitungan tu mcm mana?"

"Ala kak, yang naik biji2 jernih yg gatal tu."

"Owh, chicken pox ke?"

"Iya la kak, chicken pox."

Memang dah nampak beberapa biji chicken pox (CP) kat badan Aina hari selasa tu. Tambahan pula dah beberapa hari Aina dedar2 badan.

Jadi hari Khamis terpaksa ambil EL. Bawa Aina ke klinik dan doktor sahkan mmg CP.

Ni snap gambar hari Khamis... Dah agak banyak...
Bintik air di kaki...
Masa ni boleh senyum2 gelak lagi Aina ni...
Seronok agaknya ummi cuti dan layan dia seorang jer...

Hari Jumaat makin byk bintik2 air yg muncul.
Aina pun makin crancky.
Bergilir berdukung dgn ummi dan Abah jer.
Langsung tak nak abang atau kakak dukung...
Selera makan pun makin kurang...

Hari ni CP dah naik satu badan. 
Lepas sapu calamine lotion satu badan baru boleh tidur nyenyak...
Nampaknya kena sambung EL lagi minggu depan.
Doakan semoga Aina cepat sihat yer... Amin!!!
Related Posts with Thumbnails