Tuesday, February 28, 2017

Fuel Price

Walau dah nak masuk dua tahun kembali ke M'sia, saya masih lagi subscribe email pasal harga minyak di Bradford.
Maklumlah masa kat Bradford harga minyak antara stesen adalah berbeza.
Asda harga lain, Tesco harga lain.
Juga berbeza antara sesetengah tempat.
Kalau harga di motorway, harga minyak agak mahal sedikit.

Ni harga minyak awal bulan Februari..
 Ni pula latest email yg dapat pagi tadi...

Kalau ikutkan, harga tak berubah.
Tapi pagi tadi saya dah isi minyak full tank kot2 harga naik lagi 20 sen... huhuhu

NuKilaN:
 

Sunday, February 26, 2017

Pantang jumpa stereng

Di usia 10 bulan ni, Aina pantang jumpa stereng.
Masa ke Mydin bberapa minggu lepas (erkkk, nampak sgt dah lama peram dalam draf), Irfan la pepandai letak Aina dalam menda alah ni...

Pandai pula dia posing....
Tengok belakang sebelum belok yer dik...
Dah, posing jap empat2... ummi nak snap gambar...
Cubaan kedua pun tak semua tengok kamera.. Grrrr!

Lama juga duk pujuk Aina nak suruh dia lepaskan stereng tu.
Pujuk tak jalan, last2 kena guna juga kaedah paksaan.
Melalak la dia nak tinggalkan stereng tu...
Nasib baik tak lama dia menangis... huhuhu

Saturday, February 25, 2017

Pertandingan rekacipta @Mydin Mall

Semalam lepas Jumaat, anak2 ajak ke Mydin Mall lepas solat Jummat.
Beria mereka ajak ke sana sebab nak tgk kawan2 mereka bernasyid.

Nasib baik sempat juga tgk persembahan tu sbb kami sampai agak lambat.


Lepas persembahan, ada juga pertandingan untuk anak2 sertai.
Aisyah sertai pertandingan rekacipta dsn danish sertai pertandingan mewarna.

Mereka kena bina menara dari barang2 yg disediakan.
Aisyah dan balqis...
Seronok tgk semangat kerjasama antara mereka...
Aisyah peserta yg paling muda dlm kumpulannya..
Masa ni tinggal lagi beberapa minit sebelum masa tamat...
Taraa... Hasil kreativiti kumpulan Aisyah...
And surprisingly, they won the first place in the competition..
Congratulations,  Aisyah and the gang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Related Posts with Thumbnails