Tuesday, April 30, 2019

Panjat Bukit Maras

Kisah 11 April lepas.
Saya join aktiviti hiking Bukit Maras.
Dah lama simpan impian nak hiking Bukit Maras.
Bila Pusat Kesihatan Universiti (PKU) anjurkan, terus cari geng yang nak hiking sama2.
Mujur ada juga yg berminat.
Bila nak mendaki kali pertama, rasa lebih selamat bila ada doktor2 dan misi yg join sama.

Maka, seawal 7.30 pagi dah kena berkumpul di tapak konvo.
Saya sampai lambat sikit, dalam 7.40 pagi.
Mujur tak kena tinggal.

Turun bas, kena menapak sikit untuk ke tapak bukit.


Taklimat keselamatan oleh En Izham.
 Bergambar beramai-ramai sebelum mendaki.

Boleh tahan curam Bukit Maras ni.

Curam, kan?
 Memang kena hati hati especially semasa nak turun.


Lepas hampir sejam mendaki, Alhamdulillah kami berjaya menawan Bukit Maras.
Mission accomplished!

Monday, April 29, 2019

Aina dan adiknya masa 8 bulan

Entry ni dah dua tahun peram dalam draf.

******

Dah masuk december pun.
Ini bermakna Aina dah 8 bulan.

Kalau tak silap, snap gambar ni masa balik dari kenduri kahwin.
Jalan jammed bila musim kenduri..
Jadi sempat snap gambar Aina yg senyum menggoda ni.. hehehe..

****

Sekarang ni, Aina pun dah ada adik.
Tempek juga lah gambar adik Aina masa umur 8 bulan.

Firas yg sedang happy dapat main pasir,...


NuKilaN:
 

Tuesday, April 23, 2019

Giginya ada satu

Dah hampir dua minggu snap gambar ni masa gigi Firas ada satu.
Macam kelakar tengok gigi dia sebab yg tumbuh cuma sebatang.
Tu yang gigih juga snap bila tengok mood firas pun baik masa tu.

Alololo.. geram tgk tangan kecik tu duk gosok mata...
Eh, dia senyum pula bila nak snap gambar...

Yes, berjaya juga abadikan gambar gigi sulong Firas :)
Saya snap gambar ni 12 April lepas.
Sekarang dia dah ada dua batang gigi.
Ada masa nak snap gambar dia yg dah ada dua gigi.
Lagi kelakar sebab satu panjang, dan satu lagi pendek.

Nota ummi,
Gigi pertama keluar masa Firas 7 bulan.
Gigi kedua masa umurnya 8 bulan :)
Related Posts with Thumbnails