Monday, July 25, 2011

vacation 5 @ Bukit Gambang Water Park (BGWP)

Minggu lepas, 20 Julai 2011 merupakan hari keputeraan Sultan Terengganu. So, saya dan suami ambil cuti pada hari khamis. maka kami dapat bercuti selama 4 hari berturut-turut sebab nak bawa anak-anak berjalan. Kami ke mana ye? Jeng jeng jeng....

Hari Selasa lepas balik kerja, kami bersiap untuk bertolak ke kuantan. Di kuantan, kami menginap di rumah sepupu. Dah lewat malam kami sampai ke kuantan, dalam pukul 11.

Perancangan asal nak bawak anak-anak melihat penyu bertelur di Cherating, tapi disebabkan tak booking awal, semua tempat penginapan sekitar cherating dah penuh. Lain kali aje la kita tengok penyu berterlur.. huhuhu.

Keesokkannya, kami keluar dalam pukul 10 pagi. Singgah ke rumah sepupu suami sekejap then singgah kat bandar kuantan untuk selesaikan sedikit urusan. Selesai segala urusan, kami terus bergerak ke Gambang untuk ke Bukit gambang Water Park.

Dalam 30 minit perjalan, kami tiba ke destinasi yang dituju. Orang tak ramai sebab pergi masa hari kerja. Nak parking kereta pun tak de masalah. Ada juga rombongan pelajar sekolah dari Terengganu.

Ni adalah harga tiket untuk masuk ke taman air.
Untuk kanak-kanak yang tinggi kurang dari 90 cm adalah percuma. Ingatkan aisyah dapat la masuk percuma, tapi bila ukur tinggi, alamak... dah lebih 90 cm rupanya tinggi aisyah. Tapi, danish konfirm tak perlu bayar :)
So, untuk kami sekeluarga, tiga tiket dewasa ( abah, ummi dan dewi) dan dua tiket kanak-kanak (irfan dan aisyah), kena bayar RM95.50. Saya juga beli top-up RM100 untuk sewa alatan dan makan minum kat dalam BGWP.

Lepas dah dapat tiket, ada staf yang tolong pakaikan wrist band kat tangan. Sebelum masuk, memang depa periksa barang dalam beg sebab tak boleh bawak masuk makanan.
Bila semua dah dapat masuk, sangat teruja tengok pemandangan kat dalam taman. Gambar ni adalah pemandangan dari luar taman.
Kalu orang tanya, best tak datang sini? saya akan jawab, memang best sangat, berbaloi baloi... "Mana best compare to Sunway Lagoon?"... hehehe, soalan ni saya tak boleh nak jawab... belum berkesempatan nak ke sana.. hihihi

Aktiviti kami di sini akan dilaporkan dalam entry yang seterusnya, Insya Allah :)

NuKilaN:

3 comments:

  1. penah menginap kat sini tapi tak p mandi pong..sbb g tido situ stay satu malam sbb esoknye ade kenduri area gambang...so tak tahu kebestan tempat tu ehhehe

    ReplyDelete
  2. BGWP mmg best sbb bnyk permainan utk anak2.

    ReplyDelete
  3. ros: nanti boleh la singgah bila ada masa...

    yatie: tu la... anak-anak memang sangat teruja... the same goes to mak dan bapak budak.. hihihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails