Wednesday, March 30, 2016

Minggu ke 37

Minggu ni kandungan dah masuk minggu yang ke 37.
Haih, debaran makin terasa.
Perasaan yang sangat bercampur baur.
Maklumlah, dah enam tahun baru nak rasa semula pengalaman bersalin.
Banyak yang dah lupa.
Kena banyak lagi gali ilmu dari buku, majalah dan juga internet.

Bulan lepas lagi saya dah apply cuti bersalin.
Bermula dari minggu ke 38, saya dah mula cuti bersalin... iaitu minggu depan dah officially on maternity leave :)

Kali ni saya apply cuti bersalin untuk tiga bulan.
Jadi akan masuk kerja semula awal bulan 7 nanti.
Tapi rasanya, terus sambung dengan cuti raya.
Nampak gayanya, lepas raya baru back to office.
Masa tu student pun dah bercuti panjang :)

Dalam happy nak bercuti tu, rasa sedih juga nak tinggalkan anak2 didik yang diajar semester ni :(
Kebetulan semester ni dapat bilik kuliah yang ekon tak berapa sejuk...
Dalam tiga ekon yang ada dalam kelas, hanya dua ekon yang berfungsi...
Dah la yang tak berfungsi tu ekon kat depan sekali, iaitu ekon utk tenaga pengajar...
Memang bertabah jer mangajar dalam kelas tanpa ekon yg cukup sejuk...
Nasib baik kelas pagi (jam 8-10), jadi tak de la rasa membahang sangat...

Tapi malangnya minggu ni, semua ekon dalam kelas tu tak berfungsi...
Baru 15 minit mengajar, satu badan dah basah...
Tiba2 ada student hulurkan kipas kecil kat bawah ni...
Masa dia hulur tu, rasa terharu sgt2....
Dapatlah mengajar dengan selesa sikit hingga habis waktu :)
Apa-apa pun, itu laa kelas terakhir untuk semester ni...
Harapnya masalah ekon ni dapat diselesaikan dengan segera.

Esok hari last punch card...
Hehehe, mmg tak sabar juga sebenarnya nak rehat sementara tunggu baby dalam perut ni keluar :)
Doakan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan oleh.Nya.... amin!

12 comments:

  1. Student yg bagi Nur kipas tu mesti tahu org pregnant rasa panasnya berganda.
    Nasib baik dah nak cuti.
    Moga semuanya berjalan lancarlah Nur.
    Kakak pulak yg tak sabar nak tengok baby:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. ada student yg prihatin Nur..
    Dahlah skrg musim panas..
    Yg pregnent lagi berganda panasnya..

    Semoga urusan bersalin nur dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. As salam.. lama dah x jenguk blog Nur.. wahh tau2 da nak bersalin ya.. Tahniah Nur.. Semoga dipermudahkan semuanya.. Aaminn

    ReplyDelete
  4. Tak lama dah nak bersalin tu, akk doakn moga Allah mudahkan urusan nur, tak sabar nak tengok baby, bestnya

    ReplyDelete
  5. Tulah kan.. kalau mengandung, lagi2 tengah sarat 7 bulan ke atas tu memang terasa lebih panas drp biasa.. bertabahla ye di musim panas ni.. semoga selamat bersalin ya.. seronokla cuti panjanh bermula lusa.. boleh rehat2 tenangkan diri

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah masa yang ditunggu2 hampir tiba..semoga telah selamatnya bermula segala latihan pernafasan bagai...heheh..insyaallah semoga semuanya dipermudahkan..bila tiba masanya tahulah umi danish camaner nak handle nanti..
    pepun jangan lupa bila sampai sakit contraction tuh keep on baca selawat nabi yunus dalam perut ikan tuh..itulah yg sy amal dulu ms nak bersalin n alhamdulillah dipermudahkan...
    tak sabar nak tengok baby baru jgak...selamat bercuti..take care...

    ReplyDelete
  7. student pun faham kan mak buyong ni panasnya lain macam..kita pun sama terharu dh sama2 pregnant kan.haha..naguslah cuti awal boleh biat persediann n rehat secukupnya..sy tak amik cuti awal pun rasanya..tggu je la smp due..sbb nk cuti lama.nk cuti 3bulan jugak.hehe..

    semiga akk dipermudahkan bersalin baby n umi sihat n selamat keduanya

    ReplyDelete
  8. student tu bagus tuh kak... bkn nk bodek tp pandai berkasih syg...

    moga di permudahkan semuanya kak....

    ReplyDelete
  9. Kak Nur moga dipermudahkan kelahiran nnti..saya pun xsabar nak habis PhD ni nak pregnant pula..doakan sy hbs bljr dengan jayanya ye

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan dan selamat bercuti panjang ;)
    cuti-cuti juga tp jgn lupa update blog tau !!!

    ReplyDelete
  11. Ha....dah nak beranak ke? Rasa mcm baru mengandung hari tu haha....
    Bestnya dpt cuti bersalin lama ye Bijen ....Nanti jangan jadi mcm artis pulak ek, sorok gambo baby hihi...

    Semoga awak selamat bersalin yer Bijen

    ReplyDelete
  12. Oh, alahai! Baru berangan nak cuti, esoknya baby keluar ya, Nur! Baby pun bijak. Tau-tau aje uminya dah mula bercuti!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails