Tuesday, March 8, 2016

Terbang tinggi

Saja nak share aktiviti anak2 masa hujung minggu yang dua minggu lepas.
Lepas ambil Irfan yang berkhemah dari sekolah, singgah kedai RM2 sekejap.
Kami ni dah mcm pelangan setia kedai RM2.
Paling kurang, sekali seminggu mesti terjah ke sana.
Biasanya, anak2 akan tanya, "How many items they can buy?".
Kadang2 saya kata satu, dua atau yg paling banyak pun tiga :)

Kebetulan hari tu anak2 pilih layang2.
Dan kebetulan pula, angin pada hari tu agak kuat.
Jadi kami terus bawa anak2 main layang2 di tepi pantai.

Danish yg paling eksaited naikkan layang2...
Tengok lah, bukan main bersemangat lagi Danish main layang2...
Yg mickey mouse ni layang2 Aisyah...
The marvels ni pula layang2 Irfan...
Tiga beradik yang seronok main layang2...
Tapi disebabkan angin terlalu kuat, layang2 Danish terputus tali.
Mula2 layang2 tu terlekat kat dahan pokok.
Tapi tak lama lepas tu, terus hilang dari pandangan dibawa angin yang kuat.
Memang tak boleh jejak pun layang2 tu jatuh kat mana :(
Nasib baik Danish Ok jer... ditambah lagi bila Irfan offer layang2 dia utk Danish main :)

Angin kuat, jadi ombak juga sangat kuat...
Tengoklah ombak yangbergulung tu..
Kalau macam ni, memang langsung tak beri peluang anak2 dekat dgn gigi air... Bahaya!

12 comments:

  1. Seronok bermain layang2 jika angin banyak Nur..
    Laju terbang tinggi..
    Tapi tu lah risikonya..
    Terputus tali lelayang tu..

    Kencut perut tengok ombak tu Nur..
    Bahaya sangat tu..

    ReplyDelete
  2. Pandai budget nak beli berapa ya bila masuk kedai RM2. Pada mula langit biru lagi, lepas tu penuh awan dibawak angin dengan berombak kuat lagi. Good brother Irfan :)

    ReplyDelete
  3. minggu lps mmg angin kuat kan kak... kt sini pun terasa kekuatan angin tuh...
    tp seronok bila jln bila angin kuat takde lah rasa pns sgt bdn tuh...

    seronok lah 3 beradik tuh ye... angin kuat mmg sesuai main layang2
    layang2 tu rm2 je ke kak? or mahal lg? kadang nama je kedai rm2 tp ada je harga mahal lg hehehe...


    ReplyDelete
  4. Seronok tengok anak2 gembira dengan aktiviti keluarga yang menyihatkan...tak perlu mainan yang mewah atau mahal... :)

    ReplyDelete
  5. Dapat main tepi pantai sesuai sangatlah Nur utk bermain layang-layang
    Akak rasa sejak balik M'sia ni baru pertama kali mereka dpt bermain layang-layang agaknya. Mestilah happening - cuma sedih lelayang Danish menghilang pulak.

    ReplyDelete
  6. Memang seronok anak-anak kalau dapat main layang-layang di pantai. Cuma yang nak kena jaga keselamatan mereka. Angin pantai kuat. Tak mustahul boleh putus tali macam ni.

    ReplyDelete
  7. amboi pelanggan tetap kedai RM2 ye..kt bradfort takde kan kedai dua ringgit.hehe..

    seronok main layang2..teringat dulu waktu budak klu musim org kerat padi tu memamg musim main layang2 la..layang2 pun buat sendiri je..kreatif kan budak dulu2

    ReplyDelete
  8. Best nya ade kedai macam ni kan. Kat Jepun ade kedai 100 Yen, kalau lepas GST jadi 108 YEN. Hahah! macam2 ado..sama macam Daiso kat Malaysia. Tapi, still mahal kalau convert ke RM. Kiranya, kedai RM2 ni mmg terbaiklahh!!!

    ReplyDelete
  9. seronok dapat main layang-layang ditepi pantai

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails