Monday, October 10, 2016

SKSM24

Alhamdulillah, akhir Ogos lepas berakhir sudah event yang dirancang sejak dari bulan Mac yang lalu.
Banyak saya belajar dari penganjuran SKSM kali ni.
Pengalaman yang sangat bermakna dalam tahun 2016 - belajar 1001 gelagat dan karenah manusia.
Ia minggu yang sangat penat.
Penat fizikal dan mental.
Tapi dengan sokongan dari kawan-kawan dan ahli keluarga, semuanya dapat diatasi dengan baik.
Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan :)

Walau seminar cuma diadakan di Kuala Terengganu, ambil juga bilik hotel untuk memudahkan urusan.
Malas nak bersesak dengan jammed di waktu pagi dan waktu petang.
Jarak rumah kami ke KT boleh tahan juga jauhnya.
Sebab tu, kami jarang sangat nak jalan2 ke bandar KT.
Pasar Payang pun tak pernah jejak kaki lagi sejak balik ke M'sia ni... huhuhu

Tapi sebab lain yang buatkan saya pilih juga untuk bermalam di hotel adalah kerana si kecil Aina ni...
Dalam sibuk uruskan seminar, jadual mengepam pun dah lari.
Bila jadual mengepam ke laut, kuantiti stok yang ada semakin defisit dari hari ke hari.
Jadi sepanjang seminar tu, angkut juga la si kecil Aina join seminar sekali...

Ni masa hari ketiga, Danish mengasuh Aina sepanjang seminar tu...
Sporting jer Danish mengasuh Aina dalam stroller tu...
Keliling lobby tu dia cuba tidurkan Aina dalam stroller...
Kalau Aina nangis, kadang2 Danish berzikir... kadang2 Danish baca surah2 yg dia dah hafal... 
Tak diam juga, ada ke patut Danish azankan adik dia... hihihi

Saya pun kena juga present paper, jadi agak kalut siapkan slide utk presentation. Ada pula yang gi snap gambar ni... 
Aina pun ralit jer tgk saya sedang buat slide...
Tapi ramai jer yang membantu mengasuh Aina masa hari kejadian...
Ni pun antara gambar yang nak buat kenangan jugak...

Hahaha, sebelah tangan mengasuh Aina.. sebalah tangan lagi main tepon..
Aina pun bukannya kisah sgt orang tak layan dia...
Janji ummi dia ada depan mata :)

Hari last seminar baru sempat ambil gambar anak2 sebelum mereka ke sekolah...


Masa ni jam 6.45 pagi... Semua dah ready nak ke sekolah..

Akhir sekali...
Nak letak juga gambar kenangan bersama kawan2 yang bersama-sama menjayakan majlis ini, pegawai2 UMT dan orang2 kuat PERSAMA...
Gambar Ihsan: MediaKreatif UMT

Sekian.

**SKSM24: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-24

5 comments:

  1. Kreatif juga abg Danish siap azankan adik kalau terus tak nak diam:)
    Boleh diharap betul abg Dansih ni Nur walaupun budak lelaki.

    Aina seronok ramai yg melayannya:)

    ReplyDelete
  2. pandai nya abg Danish jaga adik..hihi.. cute ja cara dia... banyak yg tolong jaga Aina, Alhamdulillah.. hehe..
    klu jarak jauh dr rumah mmg baik sewa hotel je kan..nak berulang satu hal tu..anak2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Bila anak-anak di hadapan mata, taklah terfikir-fikir mereka sedang buat apa... :)

    ReplyDelete
  4. bgsnya danish... boleh di harapkan jaga aina bila abg ngn kakaknya sekolah...

    penat mmg penat tp bila dh setel msti lega sgt kan kak, lg2 bila dh lama di rancang

    ReplyDelete
  5. Aduhai, Danish! Mesti dah habis daya mencuba! Azan pun azanlah, Danish...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails