Tapi, hasilnya cucur saya tak kembung.
Minggu lepas, ramai pula yang share cucur kembong a.k.a cucur manis ni.
Saya pun dah terjebak.
Untuk resepi asal, boleh rujuk FB Yati Rahim.
Dah viral pun post tersebut dengan 31K sharing.
Ada video step by step lagi.
Senang nak follow.
Nak tempek juga resepi kat sini supaya senang nak rujuk.
Bahan-bahan:
*2 cwn tepung gandum
*3 sudu besar gula
*1/2 sudu teh garam
2 cwn air panas mendidih
Caranya:
1. Campurkan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Masukkan air panas dan kacau dgn senduk sehingga sebati. Biarkan sedikit sejuk.
3. Bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat tu ikut keselesaan masing2 nak buat besar mana )... Ok, masa ni adunan akan melekat dekat tangan. So nak bagi doh tu licin, calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang kita nak bulatkan tu tak melekat di tapak tangan. Susun doh yang dibulatkan atas tray/loyang.
4. Panaskan minyak (guna kaedah minyak penuh- deep frying). Maknanya cucur tu tenggelam dlm minyak.
5.Bila minyak dah panas perlahankan api supaya doh tu tak tekejut supaya kaler cucur jadi cantik. Pastu besarkan api semula. Kena goreng dgn api yg besar.
6. Goreng sambil kacau2, golek2 cucur tu utk sekatakan warna cucur.
Jadi saya skip langah 3, terus cedok doh guna sudu dan masukkan ke dlm minyak panas.
Hasilnya, doh tak cukup bulat...
I want to tryyy! My mom pernah buat benda ni, but never thought of trying.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
thanx kak nur share resepinya.petang kang wajib menerai nih
ReplyDeleteRasanya dah lama cucur kembung air panas ni tau Bijen. Pernah jugak try tp oleh kerana tak ikut sukatan, bukan cucur tak kembung malah hancur dalam minyak haha... nanti bila bila nak try jugaklah.
ReplyDeleteNi kalau buat buh udang ke bilis pun rasanya boleh jugakkan...