Tuesday, August 22, 2017

Pulau Bidong

Kisah dua minggu lepas.
9 Ogos lalu, saya berpeluang ke Pulau Bidong.
Pulau Bidong ni salah satu stesen penyelidikan UMT.
Tapi saya ke sana bukan untuk buat penyelidikan pun.
Jadi AJK pengiring peserta MySec2017 untuk program Excursion.

Pukul 9 pagi dah berada di jeti Pulau Duyong.
Lepas semua sarapan, ada sedikit taklimat keselamatan.
The Do and Don't bila berada atas bot dan semasa di pulau.
Yang penting, kena pakai safety jacket dengan betul.
Risau pula bila sehari sebelum ke sana, ada beberapa pelajar yg bot terbalik di Kuala Besut.
Selesai taklimat, bergerak la ke jeti untuk menaiki bot.
Perjalanan dari Pulau Duyong ke Pulau Bidong mengambil masa lebih sejam.
Penatnya badan dilambung ombak atas bot.

Jeti Pulau Bidong.

Taklimat lagi kepada peserta tentang sejarah Pulau Bidong.

Suka sgt view kat sini...
Kaler air dan awan sangat cantik masa tu..




Dalam pukul 3 petang dah bertolak balik ke Pulau Duyong.
Dalam pukul 6.30 petang baru sampai rumah.
Memang penat tak terkata.

Ada satu pengalaman tak boleh dilupa masa ke sana.
Pipi saya "dicium" jellyfish semasa snorkelling.
Masa kena tu, mcm terkena renjatan letrik.
Terasa mcm kulit pipi disiat siat.
Cepat2 naik ke darat dan dapatkan rawatan.
Doktor yg bertugas semburkan bancuhan cuka.
Baru lega sikit.
Kemudian terus mandi dan tukar baju.
Lepas tu, doktor suruh apply calamine lotion pula utk kurangkan rasa gatal.
Habislah pipi saya jadi putih bila posing...
Hahaha, pipi sakit pun, tetap kena posing.
Kenangan sungguh!


7 comments:

  1. terengganu kn mmg banyak pulau kan kak....

    ingat menginap sana...
    bahaya jgk ye kak ada jellyfish kt situ, nsb la akak cpt2 bertindak n mmg dh sedia2 ngn pasukan doktor kt pulau situ...

    ada bekas tak kak bks ciuman tu?

    ReplyDelete
  2. dah lama x berblog...samapi tak tau Nor dh balik ke Malaysia

    ReplyDelete
  3. Comel sangat agaknya ...tu yg jellyfish geram hihi...
    Pernah jugak naik bot ke Pulau Tioman. Bukan setakat sakit badan dilambung ombak, ngeri pun ye jugak ah!

    ReplyDelete
  4. Awww... Mesti sakit kene jellyfish... Bese orang kene kat kaki je... Ni pipi... Ada kesan parut ke?

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/23/soya-bahaya-untuk-cyst-fakta-atau-mitos/

    ReplyDelete
  5. jellyfish geram tengok tu nur cumel sangat terus diciumnya hehehe

    tapi view memang cantiklah, bila saya nak ke pulau di terengganu nih cantik2 je saya tengok

    ReplyDelete
  6. sonoknya kalau dapat buat aktiviti luar macam ni
    saya dah lama tak buat semenjak kawin
    kalau ada jemputan pun saya menolak sebab time tu anak-anak masih kecil
    berat hati nak "berseronok" bila teringat kemungkinan ada insan terluka

    tapi ini kali, kalau ada, memang pergi. haha
    serius cantik pemandangan tu
    jellyfish cium pipi? camne sekarang? ada parut ke?

    ReplyDelete
  7. Cantik jugak Pulau Bidong. Saya sempat belajar di UMT untuk 1 semester.. masatu nama lama dia Kustem.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails