Tuesday, November 19, 2013

Danish tak sihat...

Hari ni dah dua hari Danish tidak ke nursery. Alkisahnya hari Khamis lepas, cikgu call beritahu yang Danish cirit birit with watery poo. Jadi saya cepat2 ambil dia kat sekolah. Cikgu dah pesan, tunggu Danish betul2 sihat baru hantar semula ke nursery. Cikgu siap bekalkan dua buah buku utk Danish baca sepanjang rehat di rumah :)

Hari Jumaat, dia masih lagi cirit birit tapi semakin beransur baik pada hari Sabtu. Hari Ahad dia dah poo macam biasa. Tapi masalahnya, dia selalu mangadu sakit di bahagian bawah perut (sekitar ari-ari). Bila saya sapukan ubat angin, dia macam ok. Tapi tak lama lepas tu, dia mengadu sakit lagi. Saya pasti bukan kembung dan ada juga yg kawan tgk dan sahkan yg Danish tak kembung perut.

Walaupun dia selalu mengadu sakit bahagian bawah perut tu, tapi saya perhatikan dia tetap aktif seperti biasa. Cakap non stop dan main seperti biasa. Cuma bila dia sakit, saya urut sikit2 dan dia mula ok.

Hari ni, dia masih lagi mengadu sakit perut. Saya mula rasa tak sedap hati. Tanpa buang masa, terus call GP utk buat appointment. Nasib baik ada free slot pagi tu. Lepas disoal siasat oleh doktor, doktor check perut dan mulut Danish. Doktor kata, mungkin kelenjar bahagian bawah perut tu bengkak menyebabkan Danish rasa sakit sebab dah lama sangat batuk. Jadi doktor cuma sarankan utk berikan paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Lagi satu kena mandikan Danish denga air suam supaya kahak jadi cair.

Lepas jumpa doktor, terus cari ubat. Kemudian singgah subway - tunaikan permintaan abah.
Danish makan sikit jer meat ball
Lepas makan beberapa cebis meat ball, Danish mengadu sakit perut. Saya terus beri ubat yg baru beli tu. Nasib baik lepas tu dia macam ok. 
Minum ubat sendiri
Tak lama lepas balik rumah, Danish pun tidur. Dia dah takde mengadu sakit perut. Tapi malam ni, dia mengadu lagi sakit perut. Nampaknya kena selalu beri paracetamol hingga sakit tu hilang. Pernah tak mommies alamii perkara yang sama? Ada petua tak yang boleh hilangkan sakit Danish ni?

Monday, November 18, 2013

Movie for juniors hanya satu pound

Saya baru tahu tentang movie for junior ni kat Cineworld. Setiap hari sabtu, boleh tonton movie dengan hanya satu pound sahaja bila buat tempahan online :)

Tapi bukan movie yang terbaru la. Movie yang dah lama sikit. Macam skrang ni, mereka tayangkan Ice Age 4, Monster universtiti dan The Smurf 2 bagi Cineworld di Bradford ni.

Jadi la buat isi masa dengan keluarga di hujung minggu dalam musim sejuk ni daripada duduk terperap dalam rumah jer. Minggu lepas, saya bawa anak-anak tgk movie The Smurf 2.

Belum pun mula movie, Aisyah dah cakap, "Nanti kita datang lagi kat sini yea ummi". Seronok mereka dapat tgk movie. Mostly yang datang menonton adalah bersama keluarga dari pelbagai peringkat umur.

NuKilaN:
 

Sunday, November 17, 2013

Burger ayam

Besar sungguh pengaruh rakan blogger ni. Bila tgk mama JJ buat burger ayam buatan sendiri, terus teruja nak cuba buat burger sendiri jugak. Balik sekolah, terus singgah kedai halal beli dada ayam.
Seketul dada ayam
Mama JJ rajin potong kecil-kecil, tapi saya masuk dalam chopper jer. Zass, siap.... lepas tu saya chopping sekali bawang holland sebagai penambah perisa.
kisar dada ayam guna chopper
Siap kisar, perasakan dgn mayonis, lada sulah, lada hitam dan garam/gula. Gaul sebati.
Isi ayam yang siap diperasa
Kemudian terus letak atas non stik pan. Masak la hingga garing. Siap!
Buat daging bentuk kecil
Disebabkan takde roti burger bulat tu, jadi belasah jer guna roti sandwich. Letak timun dan sos sikit. Kalau ada salad dan carrot, mesti lagi terangkat :)
Burger ayam versi mama JJ tapi guna roti sandwich jer
Tak susah rupanya. Dalam 20 minit, dah siap bekal buat anak2 bawa ke sekolah. Thanks mama JJ atas resepi yang mudah dan berkhasiat ni :)
Related Posts with Thumbnails