Thursday, November 13, 2014

Merlin Pass

Masa January tahun ni, saya ada dapat email dari Merlin Annual Pass team.
Rasa mcm murah jer tawaran harga tu.
GBP79 untuk satu kepala bagi pass tahunan.
Jadi saya terus usulkan pada big boss.
Tak sangka, dapat pula lampu hijau walau masa tu sedang menunggu elaun dari penaja.
Kebetulan boleh pula KPM lambat bayar elaun masa tu.
Itu lah kali pertama (dan harapnya terakhir) bayaran elaun dapat lambat.
Sebab apa tu saya kurang pasti, tapi ada kawan yang telefon tanya dan mereka kata TERLUPA!
Entah lah itu fakta atau auta.... huhuhu
Kesian tau dekat kawan2 yang cukup2 makan dan kena bayar sewa tepat 1hb.
Mana nak cekau duit utk bayar sewa yang bukan sikit.
Lagi-lagi kalau pasangan pun belum dapat kerja.
Tapi kalau duduk Bradford ni, taraf hidup boleh dikatakan murah.
Alhamdulillah, boleh la menyimpan sikit2 :)

Eh, suka sangat lari dari topik.
Dah dah, jom kita kembali ke pangkal.
Dah dapat lampu hijau, zass saya terus booking pass sebelum big boss ubah fikiran (sbb dia kata habislah gajinya utk bulan tu... huhuhu)
Melayang GBP395 untuk pass tahunan bagi kami sekeluarga (2 dewasa+3 kanak-kanak).
Tapi dah ok sangat sebab jimat GBP100 dari harga biasa.
Saya cuma beli pass standard sahaja.
Jadi sebagai pemegang standard pass, ada beberapa pengecualian seperti yang dinyatakan dalam website Merlin:

Jadi dalam tempoh 12 bulan, kami boleh ke mana mana attraction di bawah Merlin Group hingga muntah!
Ada pula yang tanya... attraction mana yg boleh pergi?
Semua attraction yang ditunjukkan dalam banner kat bawah ni... Siap ada model Merlin Pass lagi...

Setakat ni, kami dah pergi ke:

Madame Tassuauds, Blackpool
Chessington World of Adventure, London
Thorpe Park, London
Legoland Windsor
Alton Tower
The Blackpool Tower
Warwick Castle
Sea Life (Manchester, Birmingham, Blackpool)

Ada masa, nak pergi Madame Tassauds London dan bawa lagi sekali anak2 naik London Eye lagi sekali. Dah dapat naik free, haruslah guna peluang yang ada sebaik mungkin :)

Secara peribadi, saya rasa sangat berbaloi pelaburan GBP395 utk beli pass tahunan merlin ni. Boleh la bawa anak2 jalan-jalan tanpa perlu keluarkan kos tambahan bila mengunjungi taman2 tema yang besar kat UK ni. Itu yg kalau mommies perasan, lately banyak sgt post jalan-jalan sebab kebanyakannya adalah menggunakan pass ni. Senang tak perlu nak beratur beli tiket dan biasanya ada laluan khas disediakan utk pemegang pass Merlin ni.

Lagipun kalau kunjungi taman tema seperti Legoland yang sentiasa orang ramai, tak ade lah rasa ralat sangat bila tak dapat main ride yang diingini. Kalau kena spent beratus pound utk masuk dalam tu, mmg rasa kecewa bila tak boleh naik ride sbb que yg terlalu panjang (kadang2 waiting time utk naik ride boleh mencecah 90 minit). Pengsan nak menunggu dengan anak2 yg pelbagai ragam. Jadi macam yg kami buat masa cuti sekolah tahun lepas, kami pergi awal2 pagi sbb masa tu belum ramai orang kat Legoland. Jadi boleh lah naik beberapa rides sebelum Legoland dipenuhi oleh orang ramai. Tu yang cuti sekolah hari tu, sampai tiga kali kami ulang masuk dalam Legoland. Ada masa, nak up juga entry ke Legoland tu.. Tunggu!!

NuKilaN:
 

Wednesday, November 12, 2014

WW ::: Autumn lagi...

Lagi gambar anak2 di musim luruh...





 Aisyah dan Danish jer yg sporting posing... 
Irfan sibuk main bola dgn kawannya, Aliff


NuKilaN:
 

Tuesday, November 11, 2014

Danish dikejar anjing!

Sebelum basi, baik saya cepat2 sambung kenangan pahit masa kami bercuti bulan awal bulan September lepas.
Rasa macam baru jer tulis entry tu, tapi tak sangka dah berlalu dua bulan lepas.
Ni dah masuk bulan November pun.
Haih, cepatnya masa berlalu.
Di satu sisi, rasa seronok sebab dah tak lama nak balik M'sia.
Tapi di satu sisi yang lain, rasa seram pun ada...
Sempat ke tak nak tulis tesis dalam tempoh lima bulan yang masih berbaki???
Perancangan dengan penyelia masa meeting minggu lepas saya kena siapkan tesis awal bulan April.
Jadi sempat viva dan buat correction sebelum back for good akhir Jun nanti.

Sebab tu saya tak sempat sgt nak BW sangat akhir2 ni.
Kadang2 tu, touch and go jer tanpa tinggalkan komen.
Tapi bila kawan2 tetap berkunjung dan tinggalkan komen, mula lah rasa bersalah :(
Maafkan saya mommies2 sekalian....

Bila dah mula mencoret, pengenalan pun dah berjela-jela..
Ok, back to the story kenangan Danish dikejar anjing ni.
Disebabkan kejadian tu, Danish jadi sangat fobia dengan anjing.
Tiap kali nampak anjing, dia terus menjadi cemas dan akan menangis.
Tapi saya masih cuba beri dorongan untuk mengubati rasa cemas dia tu.
Harapnya fobia tu tidaklah berpanjangan.

Macam mana boleh kena kejar tu?
Alkisahnya, masa petang kami bermalam di caravan tu saya bawa lah budak2 ni pergi ke pantai yang berdekatan sebab teringin nak main air pantai.
Dapat celup2 kaki dan jalan-jalan kat gigi air pantai pun dah rasa nikmat, kan?
Jadi yang follow trip ke pantai petang tu cuma dua dewasa dan lima orang kanak-kanak.

Budak2 ni macam biasa, mereka yang terlebih eksaited.
Laju jer berjalan depan kami ni...
Tengoklah Danish, dia dah makin jauh ke depan.
Si abang lagi lah langsung tak nampak bayang....
Letak juga signboard nama pantai....
Dah sampai kat pantai, lagi lah mereka makin teruja....
Cuaca masih cerah tapi gambar gelap mungkin sebab menghadap cahaya matahari.
Disebabkan saya bercadang nak main air, jadi saya suruh gegirl ni tanggalkan kasut kat sini supaya kasut tak basah.
Sempat snap sekeping gambar yang terakhir sebelum berlakunya tragedi....
Lepas jer saya snap gambar ni, terdengar Danish menangis.
Bila saya berpaling, kelihatan Danish sedang berlari ke arah saya kerana dikejar anjing.
Saya tak berani nak berlari ke arah Danish sebab saya perasaan ada dua ekor anjing di belakang saya.
Jadi saya tunggu jer Danish berlari ke arah pangkuan saya dan cepat2 peluk Danish.
Terus anjing tu berlalu bila Danish berada di pelukan saya.
Belum sempat saya menenangkan Danish, tiba-tiba ternampak rakan Irfan juga dikejar anjing.
Saya cuma mampu jerit agar jangan lari agar anjing tu berhenti mengejar.

Dalam masa yang sama, kawan Aisyah (Sephia) juga dikejar anjing.
Hah sudah, salah satu anjing di belakang kami tadi sedang mengejar Sephia dan Sephia lari dengan laju sekali.
Saya yang masih tergamam dgn Danish yg masih menangis di pangkuan jadi buntu tak tahu nak buat apa.
Aisyah pula sedang memegang erat kaki saya.
Tiba-tiba Sephia jatuh terjelepuk dan sambung lari.
Baru owner anjing tu sedar yg Sephia bukan nak main2 tapi sedang berlari ketakutan.
Lepas tu baru dia panggil anjingnya dan berhenti mengejar Sephia.
Kesian pula tengok keadaan Sephia.
Dah la ibu dia tak ikut sekali.
Tiada pelukan dari ibu yang dapat menenangkan dia.
Jadi kawan saya cuba memeluk dan menenangkan Sephia.
Sephia terus mengajak balik dalam esakan tangisan.
Kami pun terus beredar pulang ke caravan dari pantai yang meninggalkan kenangan pahit buat anak-anak.

Itulah kenangan pahit yg saya maksudkan dalam entry ni.
Sekarang ni tiap kali kami nak bawa Danish keluar jalan-jalan, tiap kali itu lah Danish akan tanya, "Kat sana ada anjing tak?".
Danish masih lagi fobia dengan anjing.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails