Thursday, November 13, 2014

Merlin Pass

Masa January tahun ni, saya ada dapat email dari Merlin Annual Pass team.
Rasa mcm murah jer tawaran harga tu.
GBP79 untuk satu kepala bagi pass tahunan.
Jadi saya terus usulkan pada big boss.
Tak sangka, dapat pula lampu hijau walau masa tu sedang menunggu elaun dari penaja.
Kebetulan boleh pula KPM lambat bayar elaun masa tu.
Itu lah kali pertama (dan harapnya terakhir) bayaran elaun dapat lambat.
Sebab apa tu saya kurang pasti, tapi ada kawan yang telefon tanya dan mereka kata TERLUPA!
Entah lah itu fakta atau auta.... huhuhu
Kesian tau dekat kawan2 yang cukup2 makan dan kena bayar sewa tepat 1hb.
Mana nak cekau duit utk bayar sewa yang bukan sikit.
Lagi-lagi kalau pasangan pun belum dapat kerja.
Tapi kalau duduk Bradford ni, taraf hidup boleh dikatakan murah.
Alhamdulillah, boleh la menyimpan sikit2 :)

Eh, suka sangat lari dari topik.
Dah dah, jom kita kembali ke pangkal.
Dah dapat lampu hijau, zass saya terus booking pass sebelum big boss ubah fikiran (sbb dia kata habislah gajinya utk bulan tu... huhuhu)
Melayang GBP395 untuk pass tahunan bagi kami sekeluarga (2 dewasa+3 kanak-kanak).
Tapi dah ok sangat sebab jimat GBP100 dari harga biasa.
Saya cuma beli pass standard sahaja.
Jadi sebagai pemegang standard pass, ada beberapa pengecualian seperti yang dinyatakan dalam website Merlin:

Jadi dalam tempoh 12 bulan, kami boleh ke mana mana attraction di bawah Merlin Group hingga muntah!
Ada pula yang tanya... attraction mana yg boleh pergi?
Semua attraction yang ditunjukkan dalam banner kat bawah ni... Siap ada model Merlin Pass lagi...

Setakat ni, kami dah pergi ke:

Madame Tassuauds, Blackpool
Chessington World of Adventure, London
Thorpe Park, London
Legoland Windsor
Alton Tower
The Blackpool Tower
Warwick Castle
Sea Life (Manchester, Birmingham, Blackpool)

Ada masa, nak pergi Madame Tassauds London dan bawa lagi sekali anak2 naik London Eye lagi sekali. Dah dapat naik free, haruslah guna peluang yang ada sebaik mungkin :)

Secara peribadi, saya rasa sangat berbaloi pelaburan GBP395 utk beli pass tahunan merlin ni. Boleh la bawa anak2 jalan-jalan tanpa perlu keluarkan kos tambahan bila mengunjungi taman2 tema yang besar kat UK ni. Itu yg kalau mommies perasan, lately banyak sgt post jalan-jalan sebab kebanyakannya adalah menggunakan pass ni. Senang tak perlu nak beratur beli tiket dan biasanya ada laluan khas disediakan utk pemegang pass Merlin ni.

Lagipun kalau kunjungi taman tema seperti Legoland yang sentiasa orang ramai, tak ade lah rasa ralat sangat bila tak dapat main ride yang diingini. Kalau kena spent beratus pound utk masuk dalam tu, mmg rasa kecewa bila tak boleh naik ride sbb que yg terlalu panjang (kadang2 waiting time utk naik ride boleh mencecah 90 minit). Pengsan nak menunggu dengan anak2 yg pelbagai ragam. Jadi macam yg kami buat masa cuti sekolah tahun lepas, kami pergi awal2 pagi sbb masa tu belum ramai orang kat Legoland. Jadi boleh lah naik beberapa rides sebelum Legoland dipenuhi oleh orang ramai. Tu yang cuti sekolah hari tu, sampai tiga kali kami ulang masuk dalam Legoland. Ada masa, nak up juga entry ke Legoland tu.. Tunggu!!

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. Kalaulah di M'sia ada sistem macam ini alangkah bagusnya...

    ReplyDelete
  2. Mesti sangat berbaloi dan puas hati, kan? :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalo kat sini pon buat macam tu.

    ReplyDelete
  4. tumpang merasa seronok utk kawan yg jauh..:)

    ReplyDelete
  5. Guna peluang sebaik mungkin kan Nur.. berjimat cermat tu penting kan :)

    ReplyDelete
  6. seronoknya ada sistem macam ni..banyak tempat boleh pegi tak payah beratur panjang..yg paling penting berbaloi2 dengan duit yg kita laburkan..kt malaysia ni bila nak buat lagu ni ekk.huhu

    ReplyDelete
  7. Terlupa? cam tak percaya jer..

    Meh Nur join GA..

    http://mimialya1.blogspot.com/2014/11/pencarian-anugerah-tropi-untuk-blogger.html

    ReplyDelete
  8. Bila dah ada peluang jimat macam ni haruslah ambik kesempatan kan Nur ..

    ReplyDelete
  9. Kan baik kalu sistem yang sama ada kat Malaysia ni...

    ReplyDelete
  10. fuyoo sampai muntah tu..!!!enjoy..!

    ReplyDelete
  11. memang sgt2 berbaloi tu..seronok dapat jalan2

    ReplyDelete
  12. wah best nya ada package gini ye
    sampai setahun tu, worth it betul
    kalau saya pun tak akan lepaskan peluang
    tapi kalau big boss saya ada kemungkinan tak approve...hehe

    ReplyDelete
  13. Thanks Nur, share info kat sini. January thn depan nak usha2 gak la website Merlin Pass ni...kot2 diorang buat offer lagi..;)

    ReplyDelete
  14. Eh, tak silap Legoland Malaysia pun ada pass setahunkan.... tapi untuk Legoland ajelah. Kalau all in one macam ni lagi best. Kalau ada kat Malaysia, haruslah nak beli juga. Tak payah susah-susah kira budget setiap kali nak ke tempat sama!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails