Monday, November 10, 2014

Carboot sale lagi

Dalam cuaca yang semakin sejuk ni, dah banyak carboot sale yang ditutup.
Kebanyakannya car boot sale akan dibuka semula bulan April nanti iaitu bila musim spring.
Mungkin masa tu mereka mula buat spring cleaning, jadi semua barang2 yang dah tidak digunakan pada musim lepas mereka akan let go dengan sangat murah (agaknya lah..)
Jadi boleh la shooping barang baru pula utk musim seterusnya.

Tapi ada satu carboot ni yang dibuka sepanjang tahun.
Walaupun carboot outdoor, tapi tetap ramai juga yang berniaga.

Perbualan kami malam Sabtu lepas...
Abah: Nak pergi carboot tak hari Ahad?
Ummi: Dalam cuaca sejuk lagu ni nak pergi carboot? Duduk dalam duvet lagi best....
Abah: Ala, dulu masa kita mula2 sampai pun sejuk jugak. Jom lah mengimbau kenangan carboot pertama yang kita pergi kat UK ni....

Macam sweet aje kan bila cik abe cakap lagu tu...
Nak tolak pun tak sampai hati....
Lepas tu terus check weather forecast... Macam tak hujan jer pagi ahad tu.
Jadi on aje lah pagi Ahad kelmarin...
Ingatkan tak ramai yg pergi carboot musim sejuk lagu ni, tapi ramainya orang rupanya.
Mungkin sbb cuaca cantik, jadi ramai yg mengambil peluang jalan2 ke carboot.

Adik dan kakak...
Terbalik pula, kakak yang duduk dalam stroller....
Adik dah tak sabar nak baca buku yang dia beli...
Antara hasil rembatan...
Raket tennis, soft toys, new file, dan kebanyakannya adalah buku2 novel dari penulis popular yang saya boleh dapat dgn harga 20sen dan 50 sen sahaja.
Balik nanti harus buka satu mini library kat rumah.
Maklumlah, tiap kali pergi carboot mesti rembat buku.
Tapi nak baca tu belum sempat.... huhuhu

Danish dgn set buku dinosaur dia....
Nasib baik kakak dah pandai baca.
Jadi kakak yang tolong bacakan buku2 tu untuk Danish :)

Lepas ke carboot, kami ke satu castle yang berdekatan.
Yg tu cerita dalam next entry lah yer :)

Nota ummi,
Keh keh keh, tergelak saya baca komen kawan2 dalam entry lepas pasal Pavlova. Tertaluk pada tetamu di Bradford sahaja. Balik M'sia nanti kita beli kueh tunjuk sajork.... hahahha, jgn marah!

7 comments:

  1. Beli jer buku tu...perap nanti2 baru baca..kita ada yang 10 tahun baru nak baca....nampak sangat malas membaca, beli jer rajin..

    ReplyDelete
  2. ambik peluang selagi ada mentari bersinar ni... esok dah betul2 winter lagi kejang nak berjalan hahaha. eh best la kat sana banyak buku boleh drembat.. kalau i pun memang habisan la beli buku, itu yang buat hampa tu sebab kat sini semua buku in Deutsch, semua dialih bahsa and jarang sangat dapat jumpa yang in english. tak best.

    ReplyDelete
  3. haza mmg suka perap buku kak nur. Pi mane2 xsah beli benda baca.. Jenis suka tdo bila roda kete start gerak, tu la kena beli benda bacaan hahaha

    ReplyDelete
  4. seronoknya boleh beli novel murah..akak pun suka baca novel,tp tu lah dah lama tak membeli

    ReplyDelete
  5. Kalau saya pun dapat novel murah, saya beli berkoyan-koyan. Tapi nak simpan tu satu hal. Kena sediakan mini librarylah nampaknya. Saya pun banyak beli buku, membaca je kurang. Novel tebal-tebal ler, takut sangat kena hempap masa membaca nanti ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails