Wednesday, March 30, 2016

Minggu ke 37

Minggu ni kandungan dah masuk minggu yang ke 37.
Haih, debaran makin terasa.
Perasaan yang sangat bercampur baur.
Maklumlah, dah enam tahun baru nak rasa semula pengalaman bersalin.
Banyak yang dah lupa.
Kena banyak lagi gali ilmu dari buku, majalah dan juga internet.

Bulan lepas lagi saya dah apply cuti bersalin.
Bermula dari minggu ke 38, saya dah mula cuti bersalin... iaitu minggu depan dah officially on maternity leave :)

Kali ni saya apply cuti bersalin untuk tiga bulan.
Jadi akan masuk kerja semula awal bulan 7 nanti.
Tapi rasanya, terus sambung dengan cuti raya.
Nampak gayanya, lepas raya baru back to office.
Masa tu student pun dah bercuti panjang :)

Dalam happy nak bercuti tu, rasa sedih juga nak tinggalkan anak2 didik yang diajar semester ni :(
Kebetulan semester ni dapat bilik kuliah yang ekon tak berapa sejuk...
Dalam tiga ekon yang ada dalam kelas, hanya dua ekon yang berfungsi...
Dah la yang tak berfungsi tu ekon kat depan sekali, iaitu ekon utk tenaga pengajar...
Memang bertabah jer mangajar dalam kelas tanpa ekon yg cukup sejuk...
Nasib baik kelas pagi (jam 8-10), jadi tak de la rasa membahang sangat...

Tapi malangnya minggu ni, semua ekon dalam kelas tu tak berfungsi...
Baru 15 minit mengajar, satu badan dah basah...
Tiba2 ada student hulurkan kipas kecil kat bawah ni...
Masa dia hulur tu, rasa terharu sgt2....
Dapatlah mengajar dengan selesa sikit hingga habis waktu :)
Apa-apa pun, itu laa kelas terakhir untuk semester ni...
Harapnya masalah ekon ni dapat diselesaikan dengan segera.

Esok hari last punch card...
Hehehe, mmg tak sabar juga sebenarnya nak rehat sementara tunggu baby dalam perut ni keluar :)
Doakan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan oleh.Nya.... amin!

Tuesday, March 29, 2016

Chicken cottage @Kuala Terengganu

Sejak restoren Chicken Cottage ni dibuka kat bandar Kuala Terengganu, dah beberapa kali abah budak2 ni duk ajak pergi makan kat sana.
Kalau dekat tu, boleh la terus terjah.
Ni kat tengah bandar KT, memang agak jauh juga dari rumah kami.
Tu yang bercinta jer nak ke sana.
Rasanya, sejak balik M'sia ni... baru dua tiga kali kami ke bandar KT.

Hari Jumaat lepas, abah ajak lagi sekali.
Alahai, kesian pula nak hampakan harapan orang yang mengidam nak makan Chicken Cottage.
Jadi saya turutkan aje walau Danish beria nak pergi Pizza Hut sebenarnya.

Chicken Cottage ni adalah francais makan segera yang agak popular di UK.
Kat Bradford pun ada satu cawangan walau kami tak pernah pun terjah.
Maklumlah, ayam grill dan ayam goreng Pakistan jauh lagi murah :)

Tapi, masuk jer ke dalam restoren boleh mula la rasa rindu kat UK.
Interior design kat dalam ni cukup menggamit memori di Kota London.
Tengok la, Danish dan Aisyah tak lepaskan peluang bergambar dengan London Eye.
Juga bergambar dengan London Bridge...
Kami order set ayam grill ni seekor... 
Yang gambar kat atas ni cuma half chicken.
Dari segi rasa, ok la... Sedap dan hampir sama dengan ayam grill yang kami selalu makan kat Bradford.


Yang ni pula Chicken burger...
Saya dan Danish order burger ni...
Lupa pula nak snap gambar burger... Gambar kotak burger pun jadi lah yer...

Irfan pula order ayam goreng...
Tapi dia lagi suka makan ayam grill berbanding ayam goreng tu...

Dari segi harga, ramai yang kata mahal.
Tapi my personal opinion, harganya not bad la.
Standard harga makanan segera lain macam Pizza Hut, Kenny Rogers, atau Burger King.
Kalau compare dengan KFC atau Mc Donald, rasa la yg Chicken Cottage ni mahal sikit.

Wednesday, March 23, 2016

WW ::: Main pasir




 Tak dapat main air, dapat main pasir pun dah happy sangat dah Danish ni...

Related Posts with Thumbnails