Sunday, June 13, 2010

belajar dari kesilapan

Yang pasti, setelah disahkan mengandung anak yang ketiga, saya dah pasang niat dari awal untuk menyusukan bayi secara eksklusif. No more FM for first 6 months. Memang selalu berdoa agar niat tersebut dipermudahkan oleh - Nya.

Alhamdulillah, saya melahirkan danish di sebuah hospital swasta yang merupakan Hospital Rakan Bayi. Hospital berlainan saya melahirkan aisyah dan irfan disebabkan doktor yg menyambut irfan dan aisyah telah bertukar ke hospital tersebut. Pengalaman yang saya lalui di hospital tersebut memang cukup berbeza dengan pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini.

Bila danish lahir ke dunia dan siap dibersihkan, saya terus diberi peluang utk menyusu danish. Mmg seronok diberi peluang menyusukan danish dalam tempoh tersebut. Pengalaman yang tak pernah dirasai semasa melahirkan irfan dan aisyah. Walau pun danish belum pandai menyusu dan susu belum keluar, pengalaman tersebut mmg sangat indah dan terlalu manis untuk dikenang.

Disebabkan danish dilahirkan pukul 1 pagi, bayi tidak diletakkan bersama saya di dalam bilik. Pada keesokan hari, saya terus minta bayi dibawa ke bilik selepas siap dimandikan. Tanpa membuang masa, saya terus menyusukan bayi. Kali ini, danish sudah pandai menyusu dan kolestrum susu sudah mula keluar. Memang seronok sangat tengok danish sudah pandai menyusu. Sedang danish menyusu, seorang nurse datang utk memberi sedikit taklimat berkaitan penyusuan susu ibu. Dia mengucapkan tahniah sebab saya telah meyusukan bayi dengan kaedah pemangkuan dan pelekapan yang betul. Banyak juga maklumat yang dikongsikan bersama seperti cara menyimpan EBM, cara mengumpul EBM dan mcm2 lagi berkaitan penyusuan SI. Saya juga diberi satu pamplet sebagai rujukan. Dalam masa yang sama, saya seolah - olah makin teruja utk menyusukan bayi secara eksklusif.

Taklimat yang diberi semasa berada di hospital mmg amat bermakna pada saya. Apabila pulang ke rumah, saya terus mencari maklumat dalam internet. Disebabkan pam yang saya guna sebelum ni sudah agak uzur, saya bercadang utk mendapatkan pam yg baru. Bukan dah x boleh guna, tp ada spare partnya yang perlu ditukar. Spare part nya pulak, dah lupa letak kat mana. Maklum la, beli 4 tahun yang lalu. Mmg sayang jugak pam tu sbb senang nak guna. Pam yang sedia ada jenis manual jer. Walau pun manual, tp boleh beroperasi pada tahap yang optima.

Bila minta pendapat salah sorang kawan, dia cadangkan guna Spectra 3 (s3). Masa first time dengar brand tu mcm jakun jugak la. Dalam hati berbisik, ada jugak pam jenis elektrik rupanya. Sebelum ni saya ingat ada jenis manual dan bateri jer.  Hahaha... kawan saya kata, bukan setakat yang guna elektrik, jenis freestyle pun ada. Saya dah ketinggalan zaman rupanya. Masa godek2 maklumat pasal s3 la, saya jumpa laman web susuibu.com dan terus daftar jadi ahli.

Disebabkan saya susah nak akses internet kat rumah (sbb laptop hubby rosak), saya mintak ehsan mak sedara. Nasib baik dia bermurah hati pinjamkan labtop nya. Masa survey harga s3 kat kedai online, saya cuba order buku Panduan Menyusu bagi ibu yang berkerjaya. Dalam dua hari, buku yang saya order dah sampai.

Buku ini mmg banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bila ada rujukan dalam bentuk hard copy, lebih senang untuk dirujuk pada bila-bila masa. Saya juga rasa lebih bersedia utk membuat stok EBM apabila kembali bekerja.

Salah satu maklumat berguna yang saya pelajari ialah jika kita hendak melatih bayi meminum EBM, seelok- eloknya biar orang lain yang memberi EBM kepada bayi seperti suami atau pengasuh. Sebab jika bayi sudah terbiasa dengan bau ibu, kemungkinan besar bayi akan menolak EBM yang diberi. Jadi saya pun terfikir, mungkin disebabkan saya sendiri yang memberi EBM kepada irfan, maka irfan sentiasa menolak apabila diberi EBM seperti yang saya ceritakan dalam entry lepas. So, utk perkenalkan EBM pada danish, saya serahkan pada maid. Alhamdulillah, danish tidak menolak EBM dan saya merasa cukup lega sekali kerana part yg sgt digeruni tidak berulang.

1 comment:

  1. Bila mention pasal S3 ni cuma teringat smartphone aje, Nur. Payah betul dapat Mommy macam saya ni :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails