Thursday, July 22, 2010

berjimat dengan Cd

Dah nak masuk dua bulan danish berCd. So far, mmg mmg ok sgt berCd ni. Tepat sekali dengan tujuan asal, nak berjimat :), hahaha, teruk betul saya kan? Dengan anak anak pun nak berkira! Mestilah... dengan keadaan ekonomi sekarang ni, semua barang dah naik. RM50 yang ada kat dalam beg, kejap jer habis. Kalau pegi atm nak cucuk RM50, baik tak payah. Tak banyak sangat boleh beli dengan RM50. Disposable diapers (DD) anak anak kadang kadang mencecah RM200. Sekali fikir, kan best kalau tiap bulan TAK perlu belanja RM200 untuk beli DD. Banyak jugak boleh belanja dengan RM200. So, bila duk baca blog pasal mommies mommies yang berCd ni, mmg teringin sangat nak cuba.

Saya mula dengan kos yang agak rendah. Harga Cd babyland printed dan Rainbow RM26 setiap satu. Saya ada dua keping babyland dan dua keping rainbow. So kos semua sekali RM104. Pastu saya ada Cd Sunny baby Minky dan Coolababy All in One. Masing masing RM33 setiap satu. So total semua sekali RM170 termasuk kos penghantaran. Saya boleh dapat enam Cd dengan harga RM170, belum  lagi mencecah RM200. Disebabkan saya cuma ada 6 keping Cd, kadang kadang kena top up jugak dengan DD sbb tak sempat nak rotate. Tambah tambah kalau danish kerap poo poo. Lagi la cepat habis!

Alhamdulillah, mmg tak de masalah nak handle Cd ni. Masa mula mula dulu, pernah jugak bocor. Maybe sebab tak cukup pre wash. So, bila dah lama lama pakai, mmg dah tak bocor. Pakai waktu malam pun ok jugak (walaupun Cd saya ni jenama biasa jer). Memang teringin jugak nak beli jenama yang best best sikit, tp bila fikir lagi sekali... baik tak payah, jadi mcm membazir pulak. Yang penting, Cd yang ada dah beri prestasi yang baik. Dapat gaji hari ni, mmg dah plan nak tambah lagi koleksi Cd rainbow... sebab rasanya Cd rainbow adalah yang paling ok dalam koleksi Cd yg saya ada... dapat offer RM25 sekeping tidak termasuk postage. Kalau beli 4 keping, baru RM100... masih lagi jimat RM100 utk kos lampin :). Ni pic danish yang sedang bergaya dengan Cd rainbow nya...
dan yg ni pulak Cd sunny baby minky
sedang lena dibuai mimpi.... ZzzZzzZzzz!

6 comments:

  1. ok ek, cd rainbow ngan danish?sy x brp suka rainbow sbb cutting dia kecik ckit.coolababy all in one rm33 agak mahal la kak..huhu..survey2 tmpt lain tau.byk org jual lg murah.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak nur,

    salam perkenalan dari ayu ye..
    ayu juga fully cd anak kedua ayu (9bln) n alhamdulillah masih lagi fully bf danial..
    cd mmg best sbb kita dapat berjimat...
    ayu setakat ni baru try cd coolababy, lunatots , wuddah, cd earth baby..coolababy beli 10 keping = rm 230 (kos pos free), lunatots plak beli 5 + tambahan extra insert dapat la dlm rm 2++ , beli secara kutu.. wuddah pun beli secara kutu juga, 1 keping = rm 50 (antara cd termahal sbb bamboo).. kalau kak nur nak info kat mana ayu beli cd2 ni, ayu blh bagitau ye..

    selamat menyusukan anak..comeynya danish..^_^

    ReplyDelete
  3. mcm2 CD saya try tapi coola gak nampak agak besar cuttingnya. CD earthbaby utk toddler 4-5 thn. bila pakaikan, lebih kurang coola gak. cuma bamboolite mayb betul2 besar. antara CD paling buat saya frust is sunny baby minky. cutting pinggang dan paha agak mencengkam. coola baby AIO buat saya kena tukar 2 jam skali sbb anak jenis heavy water. nak buat CD coola nampak nipis mcm AIO, saya guna 1 insert biasa+1 hemp. tu opinion saya pasal CD

    ReplyDelete
  4. mmg kene berkira kak nur..skrg ekonomi..huhuhu..so supplemen pun kene beli yg berkualiti dan bolehmaintain long term..mcm shaklee..hehehe
    best ek CD ni..kalo ada baby lagi..ada rezeki sy pgnnt lagi..lehla saya try..hehee

    ReplyDelete
  5. waidi pun pakai Cd rainbow je..mmg sangat2 ok, murah tp ok kan. elok pakai Cd ni, jimat dan mesra alam..all d best danish ber Cd, welcome to the Cd club :)

    ReplyDelete
  6. mummy aulia:: so far, rainbow ok sbb danish baby lg kot... setting pun saiz S jer... dah survey byk kedai online, tp saja nak cuba yg jenis All in One, sbb tu beli jugak even RM33... hehehe, jimat belanja pos

    ayu:: salam kenal :)
    byk nyer koleksi cd ayu... nanti ada modal, bleh kot cuba yg lunantot :)

    mummy Airis-Arissa:: sama kes dengan danish jugak la, kalau pakai coola AIO, bertahan tak sampai dua jam... dah la susah nak kering

    mama faiz:: setuju sgt :)

    Ammi Sara:: ooo... sama la kita, mmg seronok plak rasa bila dah berCd :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails