Sunday, July 4, 2010

pengalaman EBM musnah

Masa mula- mula masuk kerja, mmg ada juga buat stok EBM beku. Saya letak dalam bekas dadih. Setiap bekas, saya isi dalam 2 - 2.5 oz EBM. Walaupun stok tak banyak sangat, dapatlah jugak la dalam 20 bekas. Tapi malangnya, semua sekali terpaksa dilupuskan macam tu jer sebab freezer byk sgt frost. So, bila dah defrost... frost cair, EBM pun cair.. huhuhu, sedih sangat time tu! Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi. Ini la risiko bila ada fridge satu pintu. Biasanya kalau frigde yg dua pintu, mmg takde frost bhgn freezer.

Lepas jer kejadian tu, saya pun dah tak buat stok EBM beku. Saya bekalkan danish dengan fresh EBM setiap hari. Alhamdulillah, saya dapat bertahan bekalkan danish dengan fresh EBM. Sehinggalah terjadi satu lagi tragedi yg tak dapat saya lupakan sampai bila bila. Stok fresh EBM saya habis musnah semua sekali sbb pintu fridge tak tutup rapat. Tak tahu pulak kerja siapa, sama ada aisyah atau irfan.

Biasanya lepas sembahyang subuh, saya akan terus mengepam. Masa tu tak perasan lagi pintu fridge tak tutup rapat. Lepas mengepam dan nak masukkan EBM dalam fridge, mmg terkejut sgt bila sedar yg pintu yang tak bertutup rapat. Perasaan masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Saya beristigfar banyak banyak dan cuba bertenang. Saya pun rasa EBM yang ada dalam fridge satu persatu. Uwaa... dah tak boleh nak guna! Mmg dah nak nangis dah masa tu sbb semua skali EBM dan rosak. Kalau nangis pun tak guna, bukan boleh kembalikan EBM tu pun. So, time kritikal mcm tu kena fikir dengan lebih waras. Nak snap gambar EBM pun xde mood :(

Nasib baik dapat banyak juga EBM yang dipam pagi tu. Dapat la dalam 3 botol x 2 oz. Cukup untuk 3 kali penyusuan. Sebelum tu, saya tak pernah lagi guna double pump sbb sayang nak guna. Bila dah jadi mcm ni, terpaksa juga guna utk dapatkan EBM yg optimum. Apa yang saya buat, setiap dua jam sekali saya akan mengepam (guna double pump). Walaupun dapat dalam 1 oz pun setiap kali mengepam, mmg rasa syukur sangat. Dalam masa yang sama, saya gugle kat internet cari maklumat pasal makanan dalam kategori milk booster dan tanya kawan kawan dalam facebook. Sejak itu jugalah saya mula makan lobak putih dan air longan kering+kurma merah. Saya juga banyakkan makan buah kurma dan minum air barli, horlick. Waktu malam pun saya bangun untuk mengepam. Sebelum ni mmg malas sangat nak bangun malam utk mengepam.

Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan kawan kawan, saya mampu survive. Terima kasih pada semua. Kalau tak silap, dua hari selepas kejadian bekalan EBM sangat melimpah ruah. Mungkin hasil pengambilan milk booster dan mengepam setiap dua jam. Tapi yang penting, mind set kena sentiasa positif. Tak boleh rasa tertekan, baru susu pun bleh keluar dengan lancar.

Tetapi, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Ia mengajar saya supaya buat stok EBM beku, makan makanan penambah susu dan kena rajin mengepam. Tapi yang lagi best, lepas tu en suami dah bagi green light nak beli deep freezer. Yippie... seronoknya, boleh beli deep freezer....sayaaang abg!


4 comments:

  1. Kak Nur..saya pun ada pengalaman terpaksa buang stok ebm yg expired.huhu..sedihkan?pengalaman pintu peti ais tak tutup rapat pn ada.tp mujurlah peti ais 2 pintu.yg tak tutup pintu bawah, tp stok kt ats pn efek gak.mana taknya..dr pagi smpailah ptg blk kerja br perasan pintu peti tak bertutup.pun kna buang stok tu,mana yg cair.yg tak smpt cair still blh digunakn. :)

    ReplyDelete
  2. ooo... kita serupa rupanya! bila berblog ni, seronok pulak rasa sbb boleh kongsi pengalaman masing2 :)

    ReplyDelete
  3. Thanx for diz entry.
    Sebabnya?
    Membuatkan saya rasa perlunya tahu camner rasa EBM.
    Saya tak pernah dan tak tau rasa EBM.
    So klu jadi kes cam akak camner sy nak tau EBM tu elok lagi ke tak.
    Erm... Terima Kaseh banyak2 akak.

    ReplyDelete
  4. dpt deep freezer baru, kena rajin2kn diri jadi pengepam tegar.. barulah berbaloi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails