Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali sihat. Pengalaman bengkak susu selama lima hari cukup menguji kesabaran. Saya dapat bertahan atas sokongan semua - suami, keluarga dan kawan - kawan (online + offline). Terima kasih tak terhingga pada semua , ya!
Sekarang ni kena lagi rajin mengepam. Disebabkan saya bercuti selama lima hari (3 hari cuti+ 2 hari cuti hujung minggu) dan lebih banyakkan direct feeding, maka hasil pengepaman yang saya lakukan di sebelah pagi tadi amat mengecewakan. Dapat tak sampai pun 1oz. Tapi, tak de la rasa panik sangat sebab dah ada buat stok sikit2 utk bulan puasa. Nak tak nak, memang kena guna dulu stok beku yang ada sebelum pengeluaran susu kembali macam biasa.
Memang dah agak perkara ni akan terjadi sebab saya tak dapat nak mengepam masa B bengkak. Kalau pam pun, mmg susu tak nak keluar. Kekadang tu pam sampai nipple sakit pun, susu tak nak keluar jugak. Jenuh dah mengurut breast dengan lembut , letak daun kobis, letak hot towel, mandi hot shower... semua tak jalan. Aliran susu masih juga perlahan dan B tetap membengkak (tp dah tak demam). So hari khamis, saya dan en suami ambil cuti utk balik kampung. Tak jauh pun, Kota Bahru jer. Sebab dah buat temujanji dengan bidan kampung (saya panggil Mak Su) yang boleh ikhtiarkan untuk merawat bengkak susu.
Bila jumpa dengan Mak Su, dia kata memang B saya tersumbat, sbb tu susu tak boleh keluar. Bila check, dia kata cuma ada satu mata jer utk susu memancut. Kalau normal, kita akan ada antara 4 hingga 6 mata susu yang memancut keluar. Bila diurut B saya, mula la nampak mata mata yang lain. Nasib baik tak rasa sakit masa Mak Su urut B. Risau jugak takut sakit. Dari pengalaman lepas, kalau mak bidan urut nak 'buka mata', memang sakit sangat.
Lepas siap mengurut, Mak Su ada sediakan sedikit daun kubis, bedak sejuk dan sejenis daun ubat. Lupa pula nak tanya nak apa nama daun ubat yg dia bagi tu. Ni rupa bentuk daun ubat tu...
Dia suruh tumbuk daun ubat ni dengan kubis lumat lumat. Lepas tu letak ubat sejuk dan sapukan di tempat B yang bengkak. Lepas sapu ubat yang Mak Su beri, memang B rasa sejuk jer dan bengkak pun hilang.
Mak Su pesan, kalau nak makan makanan macam teh, kopi atau coklat... pastikan bertapis untuk mengelakkan B dari tersumbat. Masa tu terus teringat kat Ummi Ummair ( Betul kata awak!). Minum air milo sekalipun, seelok eloknya bertapis. Lagi satu, saya tanya boleh tak letakkan ubat panas pada B untuk meredakan demam. Mak Su kata, tak boleh... sebab tisu tisu pada B teramatlah sensitif. Kalau nak urut B, gunakan minyak masak pun dah cukup.
Harap awak cepat ok...sabar yer.
ReplyDeleteoho..rupanya ada lg 1 pendapat yg sama.agaknya betul la tu ek.org tua2 ni byk pengalaman mereka yg kita blh belajar.nak2 kita ore kelate ni kn? :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat ye..pengalaman sy kena urut breast bengkak masa baru melahirkan anak mmg sakit! keluar lah air mata menahan sakit..
ReplyDeletezakilah: alhamdulillah, dah akak dah ok :)
ReplyDeleteummi ummair: betul betul betul... byk lg petua yg kena belajar ni
Sara: a ah, sakit kan? Tp mak su mmg pandai urut, sikit pun tak sakit :)
kak nur,
ReplyDeleteayu pun pernah alami..
sakit sangat2..last2 jumpa doc dapat la ubat antibiotik + penahan sakit..
mkn sekali je, lps tu tak berani sangat..
apa yg ayu buat,
- tuam kan dengan air panas(letak air panas dlm botol) n golek2 kan ke tempat yg bengkak
- nak redakan sakit, akak boleh ambil ice pack n letak kat tempat yg sakit..
- nak tak nak mmg kena perah dengan tangan..urut dulu sblm perah..
- mandi pun kena mandi dgn air panas..alirkan air tu kat tempat yg bengkak..
- selain daripada tu, mmg juga kena bg direct feeding ....
alhamdulillah, tak sampai 2 hari pun ayu kena..
Salam..
ReplyDeletekalau minum air coklat pun kena tapis juga ke? saya suka minum air coklat.
ayu::tq, bg tips tu... mmg dah buat semua tu, tp masih tak jalan jugak... mmg sedih sgt masa demam tu.. sib baik hubby bg support. Mmg biasa jugak B bengkak, dan bila buat hot compress or take hot shower, dah ok... tp bengkak kali ni lain mcm skit, sbb terus demam. risau jugak takut kena infection, tp nasib baik xde yg serius :)
ReplyDeletehazu: a ah, menurut kata org tua.... apa2 minumam yang ber'sampah', mmg kena tapis dulu utk elakkan B tersumbat
anis dari sejak firas baby sampai la dah umur setahun lebih ni tetap kena bengkak susu. ni dah tiga hari bengkak, sakit la jugak tapi tak kuat.Last kena hari tu, bengkak dan tak rasa sakit sangat. Panik betul siap pi jumpa doktor sebab macam ada ketulan. Terpaksa buat test sbb nak tau ketulan apa. alhamdulillah rupa2nya memang bengkak susu. uishhh berdebar sungguh....errr asal kelate ker?
ReplyDeletelupa nak tanya, kenapa kena tapis milo tu?
ReplyDeleteutk tapis sedak2 milo tu... yang tak nampak pada mata kasar....
DeleteWalau rasa tak logik dari segi sainstifik, tapi ada benarnya...
Bidan mak su ddok kelantan area mne ea?
ReplyDeleteAda no telefon x?
area pondok pasir tumboh... kalau tanya orang sekitar, bisanya mereka kenal dgn mak su tukang urut ni...
DeleteSalam. Puan, boleh tak bagi saya no telefon atau alamat maksu tukang urut ni. Saya berhajat nak ke sana this week...
ReplyDelete