Thursday, February 9, 2012

malam panjang

Hari ni nak share soalan Irfan yang ditujukan khas kepada saya kelmarin. Bunyi soalan tu lebih kurang macam ni...

Irfan tanya...
Ummi, kenapa kalau kat Malaysia ummi pergi kerja pagi, balik kerja petang. Tapi kat negara org putih ni, ummi pergi kerja pagi tapi balik bila malam?

Terkedu saya dengar soalan mcm ni dari anak yang berumur tujuh tahun. Tapi saya cuba terangkan sebaik mungkin.

Jawapan saya...
Sebab kat negara orang putih ni, malam dia panjang. Sekarang kan musim sejuk, jadi siang jadi singkat dan malam panjang. Kalau abang tengok jam, sekarang kan baru pukul 6 petang, tapi dah mcm malam. Kalau kat Malaysia, pukul 6 abang masih boleh main kat luar, kan?

Then Irfan kata, "OOOooooo, mcm tu.". Entah dia faham atau tidak dengan penjelasan saya. Harapnya Irfan boleh faham.


NuKilaN:
 

3 comments:

  1. fadhilah: belum, mereka akan sekolah lepas cuti... minggu depan sekolah cuti seminggu, lepas tu baru mula sekolah

    POS: a ah, mereka sgt seronok

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails