Monday, May 22, 2017

Survivor Cooking

Aktiviti yang paling saya suka masa Program Teambuilding adalah aktiviti "Survivor Cooking".
Kami cuma diberi tiga ketul ayam, bawang merah, bawang putih, gula dan garam.
Bahan mentah lain kena cari sendiri.

Ikan kena pancing di sungai berdekatan.
Ubi kayu kena cari dalam hutan.
Begitu juga dgn serai, pandai, daun pisang, dan lain2... kena cari sendiri di hutan yg berhampiran.

Masa yang diberikan cuma dua jam.

Tiga lelaki setiap kumpulan kena pergi pancing ikan.
Banyak juga ikan segar yang dapat..
Ada patin, keli dan ikann merah.
Kumpulan kami pilih utk masak ikan keli.

Ni hasil setiap kumpulan selepas dua jam..

Kumpulan satu...
 Kumpulan 2...
Kumpulan 3...

Kumpulan kami menang untuk aktiviti ni.
Sedap tau chef kumpulan kami masak..
Sbb bukan saya chefnya... hahaha
Kalau saya yg jadi chef, mmg hancuss semua tak boleh makan agaknya.

Tapi serius sedap... ikan keli yang segar tu cuma buat sup.
Kena sangat cicah dengan air asam markisa...
Kejap jer licin semua makanan yg dihidangkan :)

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. Wahhh..yang kalau fresh terus makan tu memang sedap menjilat jari kot yer? Tahniah sebab jadi pemenang number 1.

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya..kalau saya entahlah tu dapat masak ke tidak, tapi ramai2 mesti banyak ideakan, tahniah dapat jadi juara tu, mesti sedap sangat tu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya... kadang2 aktiviti begini memang seronok. Lepas tu dapat ikan fresh. Mesti manis je rasa.

    ReplyDelete
  4. waaaaaaa bestnya kak... sbb kene cari semua sendiri2...

    tp naper tak zoom dkt skit semua masakan tu kak...

    ReplyDelete
  5. Kalau saya pun tak tahulah nak masak apa kalau diberi masa 2 jam walaupun hakikatnya kalau memasak di rumah, less than 2 hours dah siap terhidang. Hahaha!

    Tiba-tiba teringat Law of the Jungle pulak bila tengok aktiviti macam nih.

    ReplyDelete
  6. EHH MENARIK le aktiviti mcm ni nur.... tapi tu laa kalo dah suntuk mcm ni mau blur jugak nak masak ape....yg penting kene simple2 ajek....tapi hebat gak hasil yg tersedia dlm 2 jam tu..siap hiasan lagi....

    ReplyDelete
  7. menariknyaa.. i luv cooking! tapi takde sedap sampai tahap chef..nak buat bertanding tu xlayak la...kikiki

    ReplyDelete
  8. Nur kumpulan no apa..
    Sesekali best juga ..
    Masak2 mcm ni..
    Mmg advanture betul tu..
    Bahan tambahan kena cari sendiri..

    ReplyDelete
  9. Terrornya awak masak Nur. tahniah deh..

    ReplyDelete
  10. Tahniah menang ek.
    Ha.....awak suka part survivor cooking ni? Hish kalau mak part nilah paling malas haha.... Nak kena tebang serai lagi, uh lecehlah weyh....

    Jarang keli buat sup kan. Separuh org yg cerewet sure tak boleh makan tu....Tapi kalau bagi mak, semua pun belasah haha...

    ReplyDelete
  11. wah dapat yg fresh memang menjilat jari jgk
    ๐Ÿ˜

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails