Wednesday, June 1, 2011

tiga bukan dua

Cepatnya masa berlalu
danish dah semakin besar
lagak pun dah mcm abg dan kakak
kekadang tu dah pandai buat nakal
semua yg abang dan kakak buat, danish nak ikut

suatu petang, lepas pulang dari kerja
saya singgah ke kedai membeli barang dapur
kebetulan lalu depan rak berus gigi
so, saya pun beli dua batang berus gigi utk anak anak
satu untuk aisyah
dan satu untuk irfan
saja nak gantikan berus gigi dia orang yang dah nak rosak

balik jer rumah
terus bagi berus gigi kat kat abang dan kakak
sekali si adik menangis
sebab dia punya tak ada
huhuhu, mcm mana la ummi boleh lupa
ada lagi sorang yang dah ada gigi
teruk betul ummi ni kan
selalu lupa yang danish dah besar

kebetulan saya juga beli berus gigi untuk kami berdua (ummi dan abah)
saya bagi yang saya punya kat danish
tapi langsung dia tak nak
pandai pula bezakan berus gigi utk kanak kanak
dan berus gigi utk orang dewasa
nasib baik abang baik hati
bagi adik pegang dulu utk main main

tapi bukan stop setakat tu tau
pandai pulak suruh tanggalkan baju dia
then suruh buka seluar
huhuhu, nak mandi la pulak
so, ummi pun layan kan aje la
lastly,
jom skodeng danish yang sedang mandi


NuKilaN:

Tuesday, May 24, 2011

virus @ spammer?

 Dapat email ni dari akaun yahoo
  
La kecik la pula bila letak blog dalam ni
ni kandungan email tu:

Dear Valued Customer,

During our regularly scheduled account maintenance and security verification procedures, we detected an error in your account details and security profile. This might be due to either of the following reasons:

A recent change in your personal information.
Submitting invalid information during the initial security update process.

Your account has been disabled for security reasons. Unverified accounts will be deactivated immediately.
then dia suruh klik pada link yang dinyatakan.

Dah beberapa kali dapat email mcm ni
mmg tak pernah klik
risau takut benda ni adalah virus
sbb dah ada beberapa kawan yang kena

entry ni pun sekadar ingatan pada kengkawan
jangan percaya tau pada email mcm ni
sbb pihak bank takkan pernah buat mcm ni melalui email
apatah lagi kalau dpt email yg minta userID dan passwd
lagi tak boleh nak percaya

so, berhati-hati
jangan mudah nak percaya dgn spammer mcm ni
dgn kecanggihan teknologi masa kini
mcm mcm boleh terjadi
hanya dengan satu klik jer tau...

NuKilaN:

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru

sempena sambutan hari guru pada hari ini
kelmarin saya mencadangkan supaya irfan membuat kad utk cikgunya
tak sangka pula irfan setuju untuk membuatnya
bermula sesi menyiapkan kad
tengok, bukan main tekun lagi menulis
"HAPPY TEACHER'S DAY"
siap bahagian cover, tulis bahagian dalam pula
ucapan untuk cikgu...
"Thank you for guiding and nurturing me!"
Taraa... kad yg dah siap sebelum di touch up oleh irfan
hand made card utk cikgu irfan
 kad yg dah siap lupa nak snap gambar
irfan ada lukis bunga dan rama-rama kat depan kad ni
kreatif juga anak ummi ni :)

aisyah pun nak buat kad juga
tengok la dia menconteng guna highlighter
ala tak jelas la pula lukisan aisyah
jom tgk pic yang close-up sikit
erm, apa la agaknya yg aisyah cuba lukis ni?
NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails