Friday, July 15, 2011

vest

hari ni nak cerita pasal irfan pula
kat pra sekolah irfan, kena pakai dua jenis baju ke sekolah
hari ahad, selasa dan khamis, kena pakai baju seragam sekolah berserta dengan vest
hari isnin dan rabu pula kena pakai baju sukan

biasanya sebelah pagi, memang irfan kemas berpakaian seragam sekolah
lengkap dengan vest sekali
tapi, bila saya ambil masa tengah hari
jarang sangat kemas mcm waktu pagi
maklum la anak lelaki... asyik main jer 24 jam... huhuuhu
baju dah tak masuk dalam seluar
vest pulak, hilang entah ke mana
suka sangat letak vest tu merata
kadang kadang dia simpan dalam beg
kadang kadang dia tinggal dalam bakul kat sekolah

masalahnya bila nak bersiap waktu pagi
saya la yang jadi mangsa mencari vest dia
kekadang tu jenuh cari, bila tanya irfan mana vest
dia kata tinggal kat sekolah.. huhuhu
sabar aje la anak teruna saya seorang ni
tu baru seorang yang sekolah, kalau semua sekolah
tak ke haru jadinya setiap pagi, huhuhuu

sekarang ni, bila saya cari vest irfan dalam beg tapi tak jumpa
saya biar jer dia ke sekolah tanpa vest
lantak la cikgu nak kata apa, saja nak bagi pengajaran kat irfan
supaya lebih megambil berat soal pakaian
walau pun baru 6 tahun, saya saya kena ajar irfan tentang tanggungjawab
orang lelaki lagi la perlu tahu apa tu tanggungjawab, kan?

suatu pagi di hari selasa, irfan naik kereta tanpa memakai vest
lepas tu saya tanya, " mana vest, abang? kenapa tak pakai?"
irfan jawab, "tak tahu, abang lupa.... tak tahu letak kat mana."
saya tanya, "cikgu abang tak marah ke kalau abang tak pakai vest kat sekolah?"
tapi lain pula yang irfan jawab, "takpe ummi, ada jer kawan abang yang tak pakai vest kat sekolah."
dalam hati saya, ishh dah pandai loyar buruk anak saya ni, tapi saya menduga, pasti cikgu dia pernah marah sebab tu dia tak jawab soalan saya.

setiap hari ahad, pelajar pra sekolah juga perlu menghadiri perhimpunan mingguan sekolah
kebetulan hari ahad lepas, saya tak jumpa kat mana dia letak vest
dan saya pula sedikit lambat menghantar irfan ke sekolah
tiba di sekolah, semua pelajar dah beratur nak ikuti perhimpunan mingguan
dan semua pelajar memakai vest, kecuali irfan
irfan dah mula nak nangis sebab tak pakai vest
saya pun sedikit cemas, mcm mana nak handle irfan ni
saya kata, "lain kali, jangan letak vest merata rata. nanti beritahu cikgu dan minta maaf dan janji dengan cikgu takkan buat lagi."
irfan terus ok dan keluar dari kereta
dan itulah kali terakhir irfan ke sekolah tanpa memakai vest
sejak dari harii tu, irfan dah pandai simpan vest di tempat yang sepatutnya
harapnya tabiat ini akan kekal hingga ke akhir tahun persekolahan
dan saya tidak lagi mencari vest setiap pagi

sekian.... psst... kengkawan pernah tak mengalami pengalaman mcm ni? ce citer, ce citer....


NuKilaN:
 

Tuesday, July 12, 2011

bila aisyah melukis

Sekarang aisyah dah pandai melukis
untuk menggalakkan anak-anak melukis
saya suka snap gambar lukisan mereka
sekarang giliran tanyangan lukisan aisyah pula, hihihi
biar gambar yang bercerita

saya letak atas tikar gambar dan snap pic kat bawah
saya tanya, kakak lukis gambar siapa ni
kakak jawab, ni gambar kakak dan abang
(kiri kakak, kanan abang- abg pakai spek mata)

bila tengok saya capai kamera dan snap gambar ni
si adik pula dah pandai jeles
terus dipijaknya hasil lukisan kakak

lepas tu, aisyah request nak bergambar dgn lukisan dia
so, ummi layankan aje
lepas ambil gambar, baru aisyah perasan
dia kata, ala ummi... kakak lupa la lukis tangan kakak
abang jer yg ada tangan
kemudian aisyah terus capai pensil dan betulkan lukisan dia

bijak betul si kakak ni
saya cadangkan supaya aisyah warnakan lukisan dia ni
dia setuju dan terus warnakan lukisan tersebut
bukan main gigih lagi mewarna lukisan
kakak, pandang kamera bila sedar saya tangkap gambar
sekali lagi berlaku adegan jeles bila saya snap gambar aisyah
tengok, la apa yang danish buat
dengan selambanya dia duduk atas kepala kakak sedang mewarna
haish, tak baik la buat kakak macam tu
gambar yang dah siap warna tak sempat nak snap, huhuhu

ok, sekian laporan untuk minggu ini :)
NuKilaN:
 

Monday, July 4, 2011

danish @ 16 bulan

Dah lama tak update pasal perkembangan danish
sekarang danish dah 16 bulan
masih lagi menyusu dengan ummi (direct feeding jer)
danish dah tak nak makan bubur nasi
kalau tak silap, masa umur 14 bulan saya dah tak masak bubur
sebab danish dah tak nak nasi lembik
nak makan nasi sepinggan dengan abg dan kakak

so, sekarang ni sebelum pergi kerja
kena standy makanan yang berkhasiat utk danish
biasanya saya belikan lontong atau laksam
kalau sempat goreng nasi, danish makan nasi goreng
sempat la danish bertahan sebelum saya balik untuk menyusu masa tengah hari

saya perasan, danish sekarang ni dah tak mesra kamera
bila tengok jer saya capai kamera
mesti dia pandang atau pusing ke lain
ce tgk pic kat bawah ni
 masa ni jenuh saya panggil suruh tengok kamera
tapi langsung tak layan, huhuhu
yang ni pun sama
danish buat tak tahu jer bila panggil nama dia
sabar aje la....

pasal berat, danish baru 8.6 kg sahaja
tak sampai 1 kg naik dalam tempoh 6 bulan
sama macam aisyah juga
berat dah tak berapa naik bila dah umur setahun

hobi terbaru danish adalah jalan jalan naik kereta @ motor
bila bangun pagi, danish akan temankan saya hantar irfan ke sekolah
kemudian beli makanan untuk sarapan
padahal aisyah masih lagi lena diulit mimpi

bila saya nak pergi kerja pun
danish dah pandai nak manipulasi keadaan
dah pandai nangis bila tengok saya ambil kunci
sebab tu kadang kadang saya suka menyakat dia
kemudian terjadi la adegan macam ni
hahaha, macam betul tengok danish nangis dalam pic ni
padahal bila angkat letak dalam kereta terus senyap
macam takde apa apa pun berlaku...
alahai anak, pandai betul kamu berlakon yer?
dan sebagai ummi, saya kena pandai bezakan jenis 'tangisan'
sama ada tangisan betul atau yang palsu... 
betul tak mommies sekalian?

NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails