Anak-anak mommies ada tak yang takut dengan maskot besar-besar ni? Anak-anak saya masa kecil pun memang langsung tak boleh dekat dengan maskot. Baru jer nak dekat, dia dah nangis beria. Tapi bila mereka makin besar dan makin bijak, mereka dah boleh dekat dengan maskot dan sporting bila diminta bergambar.
Kalau dulu Aisyah akan pujuk adik dia, "Tak payah takut la adik, kat dalam tu orang aje la". Hehehe, sweet jer Aisyah ni tapi adik tetap meraung dengan jayanya.
Saya ada snap gambar gelagat Danish sama jumpa dengan maskot UMT semasa hari keluarga. Ni gambar tahun 2011, Danish baru berumur setahun lebih :)
 |
masa ni dah nampak Danish takut |
 |
Memang tak lama lepas tu terus meraung macam kena cubit |
Masa kami ke Disneyland baru-baru ni, Danish pula yang paling excited bila tgk character2 kartun ni secara live. Dia dah tak takut lagi. Rasa takut tu dah hilang bila dia makin besar :)
Goofy ni memang nakal.. suka mengusik budak berdua ni...
(Irfan xde masa ni sebab dia ke tandas)
Sampai ke hari ni bila tengok gambar ni terus Danish kata, "Dia ambil topi adik".. sambil gelak besar :)
Yang tak tahan, dia kata, "Jom ummi kita pergi lagi... sayeee (sayee = syg) ummi", sambil hug ummi dia ni.
Ayat last tu, dia suka sangat sebut lately...
Semakin hari semakin banyak new vocabulary keluar dari mulut Danish :)
NuKilaN: