Friday, June 7, 2013

Lister Park

Hujung minggu lepas kami bawa tetamu kami ke Lister Park.
Tempat wajib dikunjungi bila datang bradford :)

Kebetulan tulip dah fully bloom, tapi masih nampak cantik utk bergambar
Saya turut teruja tgk mereka posing sakan dgn tulip2 tu...
Dari kiri: Cik Yah, Kak Ngah dan Cik Rah
Ni makcik saya... bukan main rindu cik rah kat cucu2 nya
Maklumlah kat Terengganu kami berjiran :)
Anak-anak dengan aktiviti mereka tersendiri...
Irfan dan Aisyah ber'roller skate'
Danish pula ber'skate board'

Baru tiga hari tetamu kami ke Amsterdam, tapi dah rasa rindu kat mereka. Tak sabar tunggu mereka kembali semula ke Bradford (hari ni). Bila difikirkan yang mereka akan pulang hari Ahad ni, lagi la rasa sayu :(


NuKilaN:
 

Thursday, June 6, 2013

Makan malam

Sekarang maghrib masuk pukul 9.16 malam. So pukul 8 malam pun masih lagi cerah. Biasanya kami sekeluarga makan malam pada pukul 7.00-8.00 malam.

Tapi bagi Aisyah, tu bukan makan malam sebab masih cerah. Biasanya dalam pukul 9.30 malam, akan berlaku lah perbualan berikut....

Aisyah: Ummi, bila kita nak makan malam?
Ummi: Eh, tadi kan kita dah makan nasi.
Aisyah: Yea la, tadi kan belum malam.
Ummi: Kakak lapar ke?
Aisyah: Mesti lah lapar sebab belum makan malam.
Ummi: Sekarang bukan masa utk makan, tapi masa utk tidur.

Hahahha, kejam tak ummi?
Sebab saya dah tahu, dia bukannya nak makan pun.
Hari sekolah tak boleh tidur lewat.
Pukul 10 semua dah kena masuk tidur (nak bagi kerja ummi senang kejutkan mereka awal pagi).
Ini lah dugaan bila summer. Susah betul nak pastikan mereka tidur awal.

Ni gambar masa 8.20 malam di city centre
Bukti yg langit masih cerah :)
Nota ummi,
Sebab tu ada istilah supper kot, makan ringan utk alas perut sebelum tidur. Kalau Aisyah, saya cuma bagi buah jer utk supper :)

NuKilaN:
 

Wednesday, June 5, 2013

WW ::: Sukaneka

Bawa bola dalam sudu
Tiup belon hingga pecah
Cari coklat dalam tepung
Terompah gergasi
Lari ikat kaki berpasangan
NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails