Thursday, June 13, 2013

Rapeseed

Bila Atie tanya berkaitan dengan bunga kuning dalam entry London day 1, baru saya terasa nak google berkaitan bunga tu. Nama rapeseed dah tahu dari FB seorang kawan.

Rapeseed ditanam secara meluas kerana ia menghasilkan minyak. Patutlah boleh nampak tanaman tu ditanam secara meluas di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan. Kalau kat M'sia, biasanya kita jumpa pokok kelapa sawit, tapi kat sini pokok rapeseed - dua tanaman yang cukup jauh berbeza tapi dua-dua menghasilkan minyak.
Ladang rapeseed dari dalam train
Ladang rapeseed yang luas terbentang - saujana mata memandang (Gambar ni saya cilok dari FB kawan saya, Fhizah.... jeles tgk dia posing kat ladang rapeseed).
Rupa rapeseed dari jarak dekat (Ni pula dari google).

Nampak macam bunga biasa, tapi ia boleh menghasilkan minyak. Percaya tak?

NuKilaN:
 

Wednesday, June 12, 2013

WW ::: Purple itu cantik!



Nota ummi,
Jangan tanya saya apa nama bunga ni, saya pun tak kenal :)

NuKilaN:
 

Tuesday, June 11, 2013

Carboot sale

Dah lama juga saya tak ke carboot sbb xde kereta (entah bila la nak ambil lesen ni... huhuhu, lesen M'sia boleh pakai setahun jer). Bila tetamu datang hari tu, kebetulan ada kawan ajak ke carboot pada hari Ahad. Saya pun apa lagi, terus ikut sama (terima kasih hubby sebab izinkan).

Seawal jam 6 pagi, kami dah bertolak ke carboot yang pertama di Leeds Bradford Airport (LBA) carboot. Nak masuk ke sana kena bayar entry fee 1 pound seorang. Banyak juga yang buka gerai di sana. Harga pun boleh tahan murah dan boleh tawar menawat lagi. Saya banyak beli buku, baju dan DVD utk anak-anak. Tapi tak sempat nak ronda semua sekali sebab nak ke carboot lain pula.

Dalam pukul 8 pagi, kami bertolak ke carboot yang kedua pula iaitu Carboot Ripley. Carboot Ripley lagi besar dari carboot LBA. Entrance fee di Ripley pula 50 pence. Sempat juga snap beberapa gambar di sana..
Carboot - menjual dari bonet kereta
Macam-macam ada - barang second hand boleh dibeli dgn harga murah

Kami di carboot Ripley sehingga pukul 11 pagi. Kemudian bertolak ke carboot ketiga pula di Otley. Carboot Otley bermula jam 12 tgh hari. Kami sampai agak awal, jadi kena beratur agak panjang juga. Tapi yg bagus nya, mat2 salleh ni sabar jer buat barisan walau panjang mana sekalipun. Takde istilah potong barisan.

Saya dah tak beli banyak kat carboot yg ketiga. Beg pun dah penuh, tu yang jadi lebih beringat :)

Antara mainan anak2 hasil rembatan dari carboot:
Skate board Danish: GBP1
Roller blade pink: GBP2 (masih baru dan ada beg)
Helmet: GBP 2
Roller blade: GBP1
Helmet tu rembat yg abah, bukan carboot punya
Abah tak pandang barang carboot :p
(GBP1 = RM4.60)

Nota ummi,
Macam mana yer mat2 salleh ni ajar anak2 mereka pandai jaga barang? Kadang2 buku dan mainan yg dijual masih macam baru. Dapat jer kat anak2 saya, kejap jer bertukar bentuk... hurm!

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails