Monday, July 13, 2015

Perjalanan pulang

Alhamdulillah, hari ni dah seminggu lebih kami berada di Terengganu.
Berada di negara sendiri semestinya sangat bahagia.
Tambah tambah lagi di bulan Ramadhan bila dapat berbuka bersama-sama keluarga dan rakan taulan.
Macam2 juadah yang dah lama tak sentuh, dihidangkan di depan mata.
Alhamdulillah, syukur..
Dan semestinya tak sabar nak sambut Aidilfitri bersama keluarga setelah tiga tahun beraya di perantauan :)

Sebagai warming up entry, nak letak gambar anak-anak dan sedikit catatan sepanjang perjalanan pulang dari UK ke Kuala Terengganu sebagai kenangan...

Anak2 posing dgn Aufa sebelum Aufa ke sekolah...
Kami berjiran selang beberapa rumah...
Sebenarnya Aufa datang rumah nak berikan kad utk Aisyah sebelum dia ke sekolah...
Lupa pula nak snap gambar kad yang Aisyah pegang tu..
Alahai, sayu pula bila baca kad tu...
Insya Allah, panjang umur Aufa boleh jumpa dengan Aisyah kat M'sia pula...

Di airport manchester sementara tunggu abah check in barang... 
Nasib baik tak lebih muatan.. 
Ingatkan 150kg tu banyak (30KG x 5 orang), tapi jenuh juga nak packing barang biar cukup KG..
Bukan apa, bila tgk pengalaman kawan2 yang lepas, banyak juga kena denda bila lebih KG..
Kalau tak silap kena charge dalam GBP30 untuk setiap KG yang lebih..
Tu yang kami timbang betul2 supaya tak terlebih KG...
Yang terlebih terpaksa shipping kemudian..
Alhamdulillah, sangat lega bila proses check in berjalan lancar...

Dalam flight Emirates dari Manchester ke Dubai...
Aisyah dan Irfan duduk sekali sambil layan games dan juga movies...
Memang mereka tak tidur sepanjang perjalanan yang mengambil masa 7 jam...
Begitu juga dengan danish yang ralit melayan kartun hingga sampai ke Dubai...

Gambar di Dubai tak sempat nak snap...
Kami sampai Dubai dalam pukul 12 tgh malam dan flight ke KLIA pukul 2.30 pagi...
Transit kat Dubai dalam 2 jam lebih sangat convenience...
Cukup masa untuk bergerak ke "boarding gate", security check dan juga selesaikan "hajat" mana yang patut...
Tapi terkejut bila beli air mineral kat Dubai yang berharga 10 dirham..
Tapi disebabkan saya tak de duit dirham, duit pound juga diterima...
Untuk 10 dirham tu, melayang juga dua pound...

Flight dari Dubai ke KLIA juga ambil masa dalam 7 jam...
Dalam flight kali ni baru anak-anak saya suruh tidur agar mereka tak meragam bila sampai KLIA nanti..
Ni gambar bila sampai di KLIA...
Irfan pula hidung dia berdarah, bila flight touch down kat KLIA, 
Kalut cari tisu untuk stopkan pendarahan..
Saya minta bantuan anak kapal utk dapatkan tisu kepada Irfan..

Finally, home sweet home... selamat tiba di airport Terengganu...
Danish posing dgn 9 luggage yang pelbagai saiz :)

Friday, July 3, 2015

Hari terakhir

Nak tempek kenangan anak-anak kat sekolah mereka hari Jumaat lepas (26/6/15).

Gambar kenangan Irfan dan cikgu cikgunya...
Rafi, Aisyah dan Danish... Rafi ni abang kepada Ahmed, kawan sekelas Aisyah... Tapi malu pula si Ahmed nak bergambar kenangan...
Anak-anak bertiga posing dgn hadiah...
Kad dari kawan-kawan Irfan....
Kesian pula kat Aisyah... cikgu2 ingat hari Isnin minggu ni (29/6/15) hari last dia dia kat sekolah.
Jadi tak sempat kawan2 dan cikgu nak berikan hadiah.
Tu la orang cakap, dah tak ada rezeki katanya....

Dan, buat pengetahuan kawan-kawan... 
Jumaat hari ni kami dah selamat berada di Malaysia :)
Bertolak hari Rabu (1/7) dan sampai Kuala Terengganu dalam pukul 9.00 malam (2/7).
Alhamdulillah, home sweet home :)

Wednesday, July 1, 2015

Laluan ke universiti

Bila tiba musim panas, laluan pejalan kaki untuk ke sekolah saya sangat meriah.
Mula2 cuci mata dengan buah blackcurrant yang dah mula berbuah.
Tapi kalau tgk pada gambar kat atas, dah ada buah yang kering.
Macam tak berapa menjadi buah blackcurrant tahun ni.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbanding tahun2 lepas. 
Hari Rabu ni (eh, esok lah tu...), cuaca dijangka mencecah 35 degree celcius.
Panasnya dah nak sama mcm kat M'sia.
Memang bertabah aje puasa dalam cuaca yg panas dan panjang.

Kemudian melintasi pula rimbunan bunga lavendar.

Diikuti pokok gooseberries yang buahnya masih menghijau..
Memang tak sempat nak petik gooseberries masak tahun ni :(

Jalan depan lagi, boleh jumpa pokok epal yang mula berbuah.
Dan yang paling menggoda, tentulah buah stoberi!
Nasib baik bulan puasa, kalau tak saya dah ngap buah yang masak ni!
Related Posts with Thumbnails