Monday, November 29, 2010

bubur nasi

Dah lama nak buat entry pasal ni.
Untuk rujukan pada masa akan datang.

Cara saya menyediakan bubur nasi untuk si comel, danish :)

Mula mula ambil dalam tiga sudu beras

kemudian basuh beras dengan bersih
masukkan beras dan air dalam kuantiti yang mencukupi ke dalam blender
(biasanya, kalau 3 sudu beras + 3 mug air)

blend beras dalam 1 hingga 2 minit
(sehingga beras betul betul hancur)
Masukkan adunan dalam periuk
Masak campuran dengan api sederhana dengan mengacau perlahan lahan
Masak dan kacau sehingga menjadi likat

Apabila dah cukup likat, boleh perlahankan api
biarkan mendidih sehingga beras masak
Bila beras dah masak, tutup api dan bubur nasi sedia utk dihidang.
Tapi, masa danish berumur 6 bulan, saya tapis dulu bubur yang dah masak supaya tekstur bubur lebih lembut.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Sunday, November 28, 2010

watermark free

Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat. Dah dapat buat kerja macam biasa. Cuma anak anak masih lagi selsema. Mungkin dia orang susah skit nak recover disebabkan cuaca sekarang yg sangatla tidak menentu. Yang bagusnya, Mrs P belum lagi bertandang. Lega sangat rasa :)

Bila check email pagi tadi, dapat email dari Syamila Mohd. Rezeki lagi, dapat watermark free dari Sya. Terima kasih banyak banyak yer :). Kebetulan masa jalan jalan kat blog Sya ni, ternampak ada tab watermark PERCUMA. Saya pun terus tinggal komen dan design yang berkenan. Memang dah lama duk usha nak dapatkan watermark. Sekali dapat yg free... hihihi lagi la gembira hatiku ini :)

Ni dia watermark yg Sya design

Then, godek godek lagi cari cara nak tempekkan watermark kat gambar. Jumpa la entry dar Lieza. Sangat membantu tutorial yang diberikan menggunakan Photoscape. So, dapat lah hasil seperti kat bawah:

anak anak sedang bermain bersama
bila adik danish merangkak
si abang dan si kakak pun join merangkak sama :)


NuKilaN:

Friday, November 26, 2010

kurang sihat

Salam semua....

Hujung minggu yang agak mencabar... huhuhu, semua anak anak termasuklah saya sendiri tak sihat. Irfan selsema, demam dah baik. Aisyah pula batuk dan selsema. Suara pun dah berubah jadi lain. -semakin garau. Kesian betul kat Aisyah. Danish pun sama. Dapat pakej yang cukup lengkap: batuk, selsema dan lelah. Lagi kesian bila tengok dia tercungap cungap bernafas ikut mulut. Poor danish!

Tapi yang bagus nya, irfan, aisyah dan danish sangat senang nak telan ubat. Danish baru jer pandai nak telan ubat. Bila tengok syringe tu, memang dia akan geleng kepala kiri kanan. Tapi bila ubat dah masuk dalam mulut, dia akan telan perlahan lahan.  Mmg good boy la danish ni :)

cepat baik yer anak anak ummi...
Saya pulak, selsema ringan jer. Tapi dari semalam duk sakit belakang. Tak boleh nak duduk atau berdiri lama. Jalan pun kena slow slow. Dalam hati ada terpikir, adakah Mrs P nak datang? Oh no, mcm mana la dengan production susu bila dia datang? Tapi harapnya belum lagi, tapi kemungkinan besar tetap ada. Selepas melahirkan Aisyah dulu Mrs P datang masa Aisyah berumur 9 bulan jugak, tapi Irfan pula masa 11 bulan. Sekarang danish dah 9 bulan. Memang patut pun kalau Mrs P nak bertandang.... huhuhu.

NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails