Thursday, February 14, 2013

Pemandangan salju sekitar UoB

Semalam salji menyapa lagi di bumi Bradford
Bermula hari Ahad lepas, salji dah mula menonjolkan diri
Tapi snow bercampur hujan, maka tak tahan lama
Pagi Isnin, mmg dah main salji sekejap di waktu pagi
Tapi tak bertahan lama sebab matahari dah keluar

Semalam, mmg salji sgt lebat
kebetulan ada di uni, sempat snap gambar semasa salji sedang lebat











NuKilaN:
 

Wednesday, February 13, 2013

Bunyi robot....

Gelak sorang2 bila tgk gambar ni.... 
Salah satu hobi masa kecik..
Syok jer dengar suara mcm robot bila cakap depan kipas :)

Siapa pernah buat juga, angkat tangan!

NuKilaN:
 

Monday, February 11, 2013

Ganjaran: 10 pence!

Dengan memberi ganjaran kepada anak-anak, ia memberi motivasi kepada anak-anak untuk menjaga tingkah laku sebaik mungkin (to keep your kids acting like a little angels). Ganjaran memberikan isyarat yang kita menghargai mereka dan meningkatkan harga diri mereka. Analoginya kalau dalam peperiksaan kita mendapat markah 100/100? Apa perasaan kita? Kita akan lebih yakin dengan diri sendiri dan akan berusaha untuk mengekalkan prestasi.

Begitu juga dengan anak-anak. Anak-anak bila dapat ganjaran, mereka rasa seolah-olah dah dapat 100 markah dalam peperiksaan. Senyum hingga ke telinga.... Nak pinjam kata-kata Mama JJ, "Budak-budak suka makey pong."

Jenis ganjaran tu terpulang pada kreativiti dan kemampuan ibubapa. Ada yang guna sistem stiker. Sekali buat baik dapat satu stiker. Bila kumpul 10 stiker, dapat beli coklat atau ais krim kegemarannya. Saya gunakan sistem pence. Saya bagi 10 pence bila dengar cakap ummi atau buat "rutin" tanpa perlu disuruh.

Biasanya "rutin" yang saya maksudkan adalah seperti solat lima waktu, baca Iqra', membuat kerja sekolah, membaca buku, mengemas mainan, tidur awal, tolong antara satu sama lain dan sebagainya. Kadang-kadang bila balik dari pejabat, Aisyah terus minta 10 pence sebab dah siap buat kerja sekolah. Senang kerja ummi tak perlu nak gerak gempur utk suruh Aisyah buat kerja sekolah. Tinggal kena semak jer kerja yang Aisyah dah buat :)

Ganjaran bukan sahaja boleh dalam bentuk materialistik, kata-kata pujian juga merupakan salah satu ganjaran secara tidak langsung. Maka ia harus sentiasa bermain di bibir ibu dan bapa. Pujilah anak-anak sebanyak mungkin dalam sehari dan ia akan memberi impak positif yang sangat besar dalam diri anak-anak. Anak-anak yang positif secara automatik akan membawa sikap yang positif, Insya Allah.

Yang penting, kita jangan fokus pada kenakalan anak-anak. Tapi cuba ubah cara pemikiran macam mana nak didik anak kita supaya jadi anak yang baik dan mendengar kata. Lebihkan memberi ganjaran berbanding denda.

Dalam masa yang sama kita boleh didik anak dengan konsep dosa dan pahala. Dapat ganjaran dalam Islam kita panggil pahala. Saya selalu ingatkan mereka, "Kalau kita selalu buat pahala, Insya Allah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak."

Mungkin ada cara lain yang mommies praktiskan, harapnya kita boleh sama-sama berkongsi pandangan di ruangan komen. Saya juga masih lagi belajar untuk jadi ummi yang baik pada mereka bertiga..




NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails