Wednesday, November 30, 2016

Danish's Graduation Day

Kisah 19 November lepas.
Hari bersejarah buat Danish after completing his early education @6 years old.
Next year dah masuk sekolah besar sekali dengan abang dan kakak :)

Acara graduasi sekolah Danish dimulakan dengan penyampaian skroll kepada anak2 6 tahun yang bergraduasi oleh ibu bapa masing2.
Ibu bapa dijemput naik ke atas pentas untuk menyerahkan scroll kepada anak sendiri.
Best juga bila sekolah buat kelainan mcm ni :)
Pelajar pula tidak memakai baju graduasi sebaliknya dipakaikan costume pilihan mereka.
Danish memilih untuk pakai baju pegawai polis as he want to be a police officer :)

Selepas semua pelajar menerima scroll masing2, then mereka bergambar beramai-ramai di atas stage pula...
Macam2 ragam yang boleh tengok bila anak2 ni berada di atas stage...
Tengok la telatah mereka yg sangat mencuit hati... mcm macam gaya!
Selesai bergambar, setiap pelajar dikehendaki memberi ucapan terima kasih tp all teacher, friends and parents.

Pelajar pertama yang memulakan ucapan, Akiff, yg juga kawan rapat Danish.
Lancar jer speech dari Akiff.
Akiff juga sangat confident bercakap di depan dewan :)

Danish kena giliran yang kedua.
Bersedia untuk memberikan ucapan penghargaan..

Danish juga nampak sangat confident dengan ucapannya..

Ucapan dia juga agak lancar...

Sampai ke sudah Danish pegang microphone... Tak dapat nak snap muka dia dgn jelas.... huhuhu

 Dah... selesai ucapan dari Danish :)
Lepas ucapan para pelajar, ada beberapa persembahan dari pelajar2.
Enjoy sangat tgk Danish buat persembahan bersama-sama di atas pentas.
Yg tu nanti saya cerita dalam entry lain :)

NuKilaN:
 

Monday, November 28, 2016

Kem Bijak Aulad 2016

Kem Bijak Aulad ni dianjurkan oleh Pusat Islam UMT untuk anak2 staf mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti2 yang berfaedah.
Terbuka kepada anak2 staf yang berumur 6 - 12 tahun.

Hari ni hari kedua anak-anak sertai kem Bijak Aulad ni.
Hantar pagi tadi, sempat dulu bergambar dengan banner program...

Entah kenapa, aisyah malu pula nak posing dengan abang dan adik...
Lapor diri di kaunter pendaftaran...

Muka ceria jer nak sertai kem :)

Harapnya, ok la sepanjang 10 hari mereka sertai kem ni.
Kalau tengok pada tentatif, menarik juga aktiviti yang disediakan.
Ada lawatan sekitar UMT, Explorace, lawatan ke Pusat Sains Terengganu, horse riding dan macam2 lagi.
Ada juga pengisian bila ikuti program macam ni daripada duduk kat rumah layan video dan internet :)
Nak cuti dan bawa mereka jalan2 pun tak boleh lagi masa ni.
Ummi sibuk lagi dengan kuliah... tunggu kuliah habis lagi 3 minggu, boleh la nak jalan2 :)

Wednesday, November 23, 2016

Aina @Chicken Pox

Ahad... 6 Nov 2016..
Sebelum kena chicken pox (CP)

Jumaat... 11 Nov 2016
Hari ke-4 CP

 Sabtu... 12 Nov 2016
Hari ke-5 CP
Hari ke-5 baru Aina tak demam

Ahad... 13 Nov 2016
Hari ke-6 CP
Hari Ahad tu, memang dan naik satu badan...
Yang naik bahagian muka dah beransur kering...
Yang bintik atas mata dan hidung tu agak besar...
Nasib baik tak tinggal parut..

Sabtu... 19 Nov 2016
Alhamdulillah, dah banyak kuping2 yang jatuh..
Bila mandikan Aina dalam besen, boleh nampak banyak kuping2 CP dalam air...

Sebenarnya 19 Nov tu hadir graduation sekolah Danish..
Harapnya sempat la buat entry kenangan nanti :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails