Tuesday, June 29, 2010

menyusu di tempat awam

Apa pendapat mommies tentang topik ni? Erm, bagi saya memang tak ada masalah. Buat apa nak malu, kan? Kita bukan buat benda salah. Malah kita patut rasa bangga sebab anak kita dapat susu yang terbaik untuk membesar. Tapi, mentaliti masyarakat sekeliling memang susah nak ubah. Bila menyusu di khalayak ramai, macam buat kesalahan besar pulak. Semacam jer tengok kat kita.

Tapi, sekarang ni macam macam baju untuk ibu menyusu dijual di pasaran. Takde la rasa kekok sangat nak menyusu walaupun sambil shopping. Setakat ni saya cuma ada dua helai baju menyusu. Dua dua saya order dari Mom's Little One.

Saya order dua helai
Satu warna pink dan satu warna purple

Baju pink ni mmg best pakai

Tp, yang purple ni lg best!

Yg pasti, mmg dua dua sgt best :)

Bila pakai baju menyusu dan kita sedang menyusu, memang orang takkan perasan walaupun sedang shopping. Biasanya, bila danish sedang merengek nak susu masa tgh shopping, mesti kena cari tempat yg sesuai utk menyusu. Tapi bila dah ada baju menyusu, saya cari rak yg tersembunyi sikit dan terus sumbat B pada danish. Lepas tu danish terus tidur dan saya pun boleh sambung shopping dengan gembiranya :). Sekarang ni sedang usha nak cari baju kurung utk menyusu pulak. Baju kurung tak berani nak order online takut nanti saiz tak muat. Kalau T-shirt takde masalah sbb saiz adalah standard.

9 comments:

  1. intan belom beli lagi menda ni sbb sblm kuar kete kompom kasi baby susu dulu...

    anyway intan dah ad Fb tp ramai lak nama Nur Baini x tau yg mana 1..ID intan intan azmira mohd azman

    ReplyDelete
  2. Nak kena cari jugak la.
    Sy jenis yang selamber.
    Week end hari tu kat kerusi depan Nagoya kat Alam Sentral sy tutup dada saya ngan tuala, angkat bju, cover perut ngan tuala tutup atas ngan tudung pastu nenenkan Kaseh.
    Selamber je. Bukan mendedahkan yang tak sepatutnya. Kan? Tapi kena cari jugak la bju nursing tu. Senang skit.

    ReplyDelete
  3. intan: akak ni jenis yg shopping lama... standby fresh ebm pun tak cukup... hik hik, hantu shopping betul!
    mama kaseh: mmg nursing tishirt ni membantu sgt! tak rugi kalau beli :)

    ReplyDelete
  4. saya pn ada koleksi nursing t-shirt nie..beli online dr hilyah.dulu pernah sekali servey di kdai MLO tu masa duk sri kembangan.tp mcm x berkenan dgn kainnya yg tebal.bkn jenama MLO sndri laa..jenama apa ntah,lupa.yg pastinya nursing hilyah pn best gak pakai.. :)

    ReplyDelete
  5. ohh..br tgk pic tu dr dekat.rupanya nursing hilyah jgk..patutlah rasa cam kenal je bj tu..hehe..saya order terus dr hilyah.

    ReplyDelete
  6. mmm kena cr jugakle kan...sng...mmg pun org tgk semcm...cam wat salah besar jerk...hehe...ammar pun sama kuat menyusu sgt smpi nak wat stock pun x sempat...

    ReplyDelete
  7. ummi umair::a ah, mmg t-shirt hilyah, tp order kat MLO
    a-an::hehehe, tahu xpe.. mmg selesa sgt pakai baju hilyah ni :)... xpe, buat stok slow2... then makan makanan yg boleh tambah susu mcm lobak putih, kurma, barli, horlick dan byk lg :)
    akak pun baru start wat stock skit2

    ReplyDelete
  8. Salam kenal..
    saya tak pernah lg beli brand ni, yg saya ada nauwar dan aqeela..plg suka aqeela coz bukaan atas, sambil baby wearing pun boleh BF, also ada poket tepi boleh letak macam2..corak pun cantik mcm blouse tak sgt tshirt tp material ala tshirt, eh mcm nak jual baju pulak, hehe..

    ReplyDelete
  9. ooo yeke sara... kat mana ek nak dapatkan brand nauwar dan aqeela?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails