Tuesday, January 4, 2011

hari kedua persekolahan

Hari persekolahan yang kedua bagi irfan pada hari ini pun berjalan lancar. Dia macam seronok jer dapat masuk pra sekolah. Suka sangat compare dengan tadika tempat lama. Kelakar sangat bila Irfan tanya, "Ummi, kat sekolah baru ni tak boleh tidur pun. Kenapa kat sekolah lama abg kena tidur?". hehehe, saya pun jawab, "Yea, la. Kat sekolah lama kan Irfan balik lambat. Pukul 5 baru balik sekolah. Sebab tu tak sempat nak tidur. kat sekolah baru ni, abg pergi sekolah sekejap jer. Pukul 12 ummi dah datang amik." Irfan pun jawab, "Ooooo....", nasib baik dia puas hati dengan penjelasan saya. 

Masa saya tengah makan pun, Irfan datang nak bersembang. Dia kata, "Ummi, best sgt makan nasi kat sekolah baru... ", saya pun jawab, "Oh, yeke? bagus la kalau macam tu.". kemudian dia tambah lagi, "Tapi, ummi masak pun sedap jugak.", Hehehe, pandai betul anak teruna saya ni ambil hati ummi dia. Tapi irfan ni memang agak selective bab makanan. Kalau tak sedap, mmg agak susah dia nak telan. Mmg sebelum ni selalu juga dia komen makanan kat sekolah tak sedap. Sebab tu pagi pagi sebelum ke sekolah, saya akan make sure Irfan sarapan dulu sebelum ke sekolah. Kalau tak, macam kesian pula kat dia nak menahan lapar sampai ke petang.

Gambar irfan kat sekolah baru nanti saya upload dalam entry lain. Nanti sambung lagi yer, babai :)

NuKilaN:

6 comments:

  1. comelnyaaa dia hehe..pandai ambil hati, salam kenal dr blog fadhilah... akak staf umt ke? sy pun umt juga...

    ReplyDelete
  2. tq hanis singgah blog saya... bkn setakat staf UMT, satu JAMAT dgn mimi lagi :)

    nanti kirim salam kat mimi, ckp baini, mesti dia kenal... tp sy x sempat kenal pun dengan hanis.. masa wedding hari tu pun x sempat pergi..

    ReplyDelete
  3. hehehe seronok kan anak2 dah sekolah, anak sulung haza nxt year br standard 1...

    ReplyDelete
  4. kalau gitu, sama la dgn anak saya... skrang baru pre school, next year baru darjah 1 :)

    ReplyDelete
  5. la ingatkan tahun 1.. rupanya pra sekolah... Tahniah. 5 tahun dpt masuk pra.. kat tempat kakyong ni amik yg 6 tahun jer..

    ReplyDelete
  6. hehehe, irfan dah masuk 6 thn ni :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails