Monday, March 28, 2011

Vacation 3 @ Aquaria KLCC

Selesai sesi photoshoot, kami ke Petro Sains KLCC
tapi dah fully booking, then tukar plan ke Aquaria
kami jalan kaki dari Petro Sains ke Aquaria
ambil masa dalam 15 - 20 minit
anak anak well behave
tak banyak karenah walaupun berjalan agak jauh
kami melalui walkway ni
ni pulak pintu masuk aquaria
sebelum masuk ada sesi bergambar bersama keluarga
pada hari tersebut
semua keluarga yg berkunjung kena bergambar dulu
lepas sesi bergambar, en suami beratur beli tiket
saya dan anak anak terus ke ruang menunggu

masuk jer dalam aquaria
anak anak la paling seronok
mcm mcm soalan yang dia orang tanya
ni ikan apa, tu ikan apa
jenuh nak explain
lagipun ummi dan abah dia org pun
bukan kenal semua jenis spesis ikan, huhuhu
tp over all, dlm byk2 bhgn kat aquaria tu
bahagian ni yg anak2 paling suka
iaitu undersea walkway
berkali kali kami sekeluarga melalui terowong ni
kalau tak silap, dalam tujuh pusingan juga
sampai last2 saya dah pening kepala
baru anak2 setuju nak ke tempat lain

mcm mana anak anak tak seronok
boleh tgk mcm2 spesis ikan yang berenang dlm kolam
kebetulan masa kita org pergi tu
adalah musim krismas
so, perenang yang memberi makanan kat ikan
memakai kostum santa claus
lagi la double excited anak2 tgk santa claus tengah berenang

harapnya pengalaman berada di aquaria
dapat memberi pengalaman yg bermakna buat anak anak
sampai sekarang pun aisyah duk tanya lagi
ummi, bila kita nak pergi tgk ikan mcm hari tu???
hahaha, sy jawab...
tunggu adik besar la dulu :)
Insya Allah, nanti kita ke sana lagi
p/s: kamera tak bawak masa pegi sana, semua ganmbar kat atas adalah ihsan dari mr google
ada jugak ambil gambar beberapa keping guna kamera handset tp semua gelap gelita mcm dlm pic atas ni, huhuhu

NuKilaN:

4 comments:

  1. gunala hp kamera kak..ramai kwn2 sy buat camtu..yg takleh guna kamera biasa tu sbb flash..leh rosakkan mata ikan..huhu den pon tak penah sampai sana..

    ReplyDelete
  2. actually, ramai jer yg bawak kamera... tp ntah kenapa malas sgt nak bawak digicam hari tu, huhuhu

    biasa la tu, org jauh yg sampai dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnyer... nur cuti2 m'sia yek... nape x singgah ke rumah... kat shah alam jek...

    ReplyDelete
  4. ni entry basi sebenarnya... just nak tempek kat blog buat kenangan di masa depan :)

    Insya Allah, nanti ada masa kita jumpa yer :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails