- Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
- Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
- Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
- Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
- Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
- Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
- Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini.
- Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Tempoh penyertaan :
- 1 April - 30 April 2011 (sehingga tengah malam)
Bagaimana saya meransang anak-anak membaca buku?
Dalam mendidik anak-anak, saya lebih menerapkan konsep "Ibu bapa adalah model utk anak-anak". Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, pertama sekali kita mesti tunjuk sikap rajin membaca tu kepada anak-anak. Di waktu lapang, saya lebih suka meluangkan masa dengan membaca buku atau majalah kegemaran.
Gambar kat atas ni saya snap semasa saya sedang membaca majalan Pa&Ma. Sebenarnya mereka sedang meniru aksi saya yang sedang membaca. Dikeluarkan semua buku-buku yang ada dan mereka belajar mengenal objek-objek dari buku yang ada. Gambar ini diambil pada tahun lepas iaitu semasa Aisyah dan Irfan masing-masing berumur 3 dan 5 tahun.
Semasa keluar membeli belah, saya juga suka meluangkan masa mencari bahan bacaan di kedai buku. Kalau di Kelantan, antara kedai buku yang popular adalah Kedai Buku Muda Osman. Biasanya kami sekeluarga akan meluangkan masa mencari bahan bacaan besesuaian dan membenarkan anak-anak memilih satu buku yang mereka berkenan. Satu buku utk Aisyah dan satu buku utk Irfan. Kaedah ini mmg berkesan untuk menggalakkan kanak-kanak sukakan buku. Kata orang tua tua, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Biar minat tu ditanam sejak kecil walaupun mereka masih belum pandai membaca. Suka tengok gambar kat bawah ni...
Irfan ralit membaca hingga tertidur...
Alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk menanam sikap suka membaca?
Pelbagai jenis buku, seperti board book (buku keras), interactive book (buku interaktif), buku Bacalah Anakku (satu set ada 8 biji buku) dan buku-buku bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Tapi anak-anak paling suka buku interaktif sebab dia boleh dengar orang bercerita bila kita belek setiap helaian buku.
Kawan-kawan pula macam mana? Jom kita join GA ni sambil berkongsi pengalaman/pendapat :)
NuKilaN:
akif pun memang suka dengan buku dan kertas. pantang nampak kita pegang buku@kertas (biasanya kertas paper dari journal), dia pun sibuk la jugak. sekali tu saya bacakan buku utk dia. dh habis, dia bising suh baca lagi. haha...
ReplyDeletebijak, bijak si akif ni... kecik kecik dah pandai baca jurnal...
ReplyDeletecari la buku interaktif tu, mesti banyak kat australia...
Dah keluar result ni...
ReplyDeletehttp://sitisifir10.blogspot.com/2011/01/giveaway-bagaimana-menggalakkan-anak.html