Hari ni nak berkongsi video Prof Dr Muhaya. Jom kita layan video ni...
Prof Dr Muhaya adalah insan bermotivasi kedua yang sangat saya kagumi selepas Dr Fadzilah Kamsah. Saya mudah lupa. Dengan peringatan daripada insan-insan hebat ini, saya sentiasa cuba untuk menjadi insan yang positif dan bermotivasi tinggi.
Saya suka praktiskan kaedah pujian ni kepada anak-anak untuk menerapkan nilai positif dalam diri mereka. Memang boleh nampak kesannya especially Aisyah. Katakan saya terlupa nak puji dia dalam satu hari, mesti dia akan kata, "Ummi, kakak bagus tak hari ni?". "Ermm, kakak kan sentiasa bagus," saya jawab. Lepas tu mesti Aisyah akan senyum meleret. Saya pun tumpang bahagia melihat senyuman kepuasan di muka Aisyah.
Dalam umur Aisyah nak masuk empat tahun, dia mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Rakan imaginasi yang dia sentiasa sebut adalah CIKGU. Contohnya bila aisyah sedang melukis, saya selalu puji, "Pandai la kakak melukis, siapa yang ajar ni?", Aisyah mesti jawab, "Cikgu kakak la yang ajar." Walaupun hakikatnya Aisyah belum masuk ke sekolah.
Video kat bawah ni saya rakan semasa Mei 2011.
Entah berapa kali Aisyah asyik menyebut cikgu jer, kan? Tapi saya paling suka part yang last, "Ummi, pandai tak ummi kakak?". Memang fitrah kanak-kanak yang suka dipuji. Lagi pun pujian bukan perbuatan yang susah untuk dilakukan. Juga tidak memerlukan modal yang besar. Dengan sedikit penghargaan dari ibu dan bapanya, anak-anak pasti dapat membesar dalam suasana yang bahagia. Sekaligus member impak yang positif dalam perkembangan mental anak-anak, Insya Allah :)
psst ::: saya dah letak video Prof Muhaya ni di blog yang lagi satu. Kalau berminat, klik di => sini <=
NuKilaN:
No comments:
Post a Comment