Sunday, November 13, 2011

Hari Tautan Kasih (HTK)

Dalam entry lepas dah upload banyak gambar berkaitan Hari tautan kasih tanpa sebarang cerita. Entah kenapa, mood nak bercerita tak berapa nak ada minggu lepas.

Sebenarnya majlis HTK dianjurkan oleh pra-sekolah Irfan. Irfan bersekolah di Prasekolah Al-Falah IPG KDRI (Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail), Batu Rakit. Prasekolah terbabit adalah di bawah seliaan IPG tersebut. Maka, cikgu pelatih dari IPG boleh menggunakan prasekolah Al-falah pada bila-bila masa untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Majlis tersebut adalah salah satu 'training session' cikgu pelatih semester 5. Disebabkan ibu bapa juga dijemput sama untuk memeriahkan majlis HTK, saya memang tak lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambil mengabadikan detik bermakna Irfan semasa majlis tersebut.

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan dijaga oleh tiga atau empat orang cikgu pelatih. Setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing. Setiap tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk membiasakan rutin harian ibu bapa kepada anak-anak. Ada kumpulan yang kena menggosok baju sekolah, memasak karipap, mencuci pinggan mangkuk, membasuh baju, membasuh kasut sekolah dan macam-macam lagi.

Irfan yang bergaya dengan apron

Irfan yang ditempatkan di Kumpulan 1 dikehendaki menyediakan roti bakar. Saya sangat seronok melihat cara cikgu tersebut menerangkan satu per satu cara membakar roti. Dari perkara yang sangat asas diterangkan kepada anak-anak dengan cara yang menyeronokkan dan penuh sabar. Maklumlah kanak-kanak, bukan senang nak tarik perhatian mereka. Kena praktiskan segala yang telah dipelajari secara teori bila berdepan dengan anak-anak berusia 6 tahun ni.

Walaupun tak sempat tunggu hingga habis program, saya tetap rasa bertuah sebab dapat hadir ke program tersebut. Yang pasti, ia tentu pengalaman yang sangat bermakna  buat Irfan juga.

NuKilaN:
 

2 comments:

  1. menarik xtvt tu Nur.. bukan semua budak Pra sekolah dpt pengalaman mcm ni...

    ReplyDelete
  2. a ah, mmg nampak budak2 pun sangat enjoy even kena basuh kasut sekolah sendiri :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails