Sunday, February 26, 2012

sekolah

Irfan dan Aisyah dah mula sekolah di Princeville Primary School. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 10 minit berjalan kaki. Memang trend kat sini parent hantar anak jalan kaki jer sebab jarak sekolah yang sangat dekat. Seronok tengok situasi sebelah pagi bila parent dan anak-anak berinringan pergi ke sekolah.

Untuk minggu yang pertama, mereka hanya ke sekolah separuh hari sahaja iaitu dari pukul 9 am - 12 pm. Kalau sekolah penuh dari pukul 9 am hingga 3.30 pm. Maka bermula esok, mereka akan mula sekolah penuh :)


Hari pertama sekolah, bila saya tanya seronok ke sekolah?

Jawapan Irfan: Ermm, best... tapi abg tak belajar apa-apa pun. Abang duk kat belakang tengok orang belajar. Lepas tu main kat luar dengan kawan.

Jawapan Aisyah: Seronok la ummi... kat sekolah kakak boleh main play doh. Mcm mcm kakak buat dengan playdough tu..... (bla bla bla... hihihi, jawapan Aisyah memang sangat panjang... tak larat nak taip satu satu)

Lagi satu, perasan tak book bag yg Irfan pegang tu. Memang beg buku yang sangat kecil kalau dibandingkan kat Malaysia. Irfan tak perlu bawak buku yang banyak ke sekolah. Sistem kat sini lebih banyak belajar melalui bermain. Itu yang buat mereka sangat seronok.

Harapan saya semoga mereka cepat membiasakan diri dengan sekolah baru. Risau juga takut mereka rasa tersisih sebab belum tahu communicate in English. Insya Allah, anak ummi boleh!

NuKilaN:
 

9 comments:

  1. best kak nur.. :) moga diorg cepat biasakan diri.. amin

    ReplyDelete
  2. baguslah anak2 akak, mudah sesuaikan diri dgn persekitaran baru. lebih2 lg kat negara org. kecik2 dh pandai bergaul..
    :)

    ReplyDelete
  3. Haza: amin!

    Ummi ummair: harapnya mcm tu la.. ummmi dia org yg banyak fikir sebenarnya... especially mcm mana nak buang air sebab toilet xde air... hihihi

    ReplyDelete
  4. kak nur..lama tak jengah sini..akak dah pindah mana ni kak?? wahhhh..comey2nya anak2 akak..

    ReplyDelete
  5. dah sebulan merantau kat Bradford, Ayu... lagi tiga tahun lebih akan menetap di sini :)

    ReplyDelete
  6. jangan risau sgt k nor, member2 kt sini ckp budak2 cepat adapt...

    haha... masuk toilet guna tisu aje la... kalau diaorg dh pandai nnti bawalah botol. ^^

    sekolah kt sini memang banyak main. dengar cerita kt malaysia pun akan implement mcm uk dan oz. dengar cerita la kan....

    ReplyDelete
  7. kalau mesia pun nak implemen mcm ni, bagus jugak... no more exam based :)

    tp kena buat rombakan yg besar-besaran la dalam sistem pendidikan negara... sekolah kena tambah lagi sebab kalau sekelas 40 org, mmg susah nak handle student. Kat sini, dalam sekelas ada 20 org pelajar dan dijaga oleh 4 org cikgu... so senang skit nak keep track child deveopment :)

    ReplyDelete
  8. wah~ 20 org student dijaga 4 org cikgu bagusnyer...

    ReplyDelete
  9. Wah, comelnya dua beradik ni ....mestilah best pergi sekolah dapat main aje.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails