Alang-alang buat jamuan, kami sembelih seekor kambing untuk dibuat aqiqah. Tak sempat nak buat aqiqah semasa di Malaysia. Kebetulan kambing kat sini agak murah. Hanya GBP75 untuk seekor kambing yang telah siap disembelih dan diasingkan daging untuk dimasak. Alhamdulillah, salah seorang kawan menawarkan untuk memasak daging tersebut. Tiga hidangan kambing disediakan - sup, kari dan lamb chop.
Kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya dapat menikmati daging kambing tanpa rasa 'kambing'. Rasanya seolah-olah makan daging sahaja. Memang lamb chop yang disediakan sangat sedap. Terima kasih Kak SN yang sudi memasak menu-menu yang sangat sedap.
Danish juga mempunyai mood yg sangat baik pada hari tersebut. Ralit menunggu ummi bersembang hingga tertidur di atas kerusi (mcm entry yg sebelum ni). Kemudian saya angkat dan letakkan atas katil.
birthday boy yg behave very good
tak sempat potong kek dah tertidur
Then, let the picture teach the story
danish yg dah pandai posing
setia menunggu ikan bakar
banyak nyer danish dapat hadiah
Tq auntie yg susah2 bawakan hadiah :)
Kakak dan abang yg tolong bukakan hadiah
danish pula ralit main truck lori yg baru dapat
nota ummi: lain kali boleh sembelih lagi seekor untuk melengkapkan dua ekor kambing bagi anak lelaki :)
No comments:
Post a Comment