Biasanya saya memang akan bawa handset ke mana-mana saja. Kebetulan masa makan semalam, tertinggal pula handset kat lab. Lepas makan, terdengar bunyi telefon kat lab tapi tak sempat angkat. Bila check, eh, "No landline uk. Ke sekolah anak-anak telefon?" hati kecil saya berbicara.
Saya cuba call semula nombor tersebut tapi tiada jawapan. Bunyi seolah-olah mesin faks jer. Kemudian saya meneruskan kerja seperti biasa. Tak lama lepas tu En suami telefon. Dia kata ada miss call jugak dari no landline Uk dan ada ditinggalkan voice msg (masa tu en suami solat). Katanya macam dari sekolah anak-anak. Tapi dia tak berapa boleh tangkap apa yg msg tu kata. Suami bercadang utk terus datang ambil saya kat school dan pergi ke sekolah anak-anak.
Selesai cakap dengan suami, saya check no telefon sekolah kat internet dan terus call sekolah. Memang betul, mereka ada contact kami untuk memaklumkan yang Aisyah tak sihat. Patut la en suami pun tak berapa faham dengan msg yang ditinggalkan. Saya sendiri pun tak boleh tangkap sangat apa yang kerani tu cakap. Kami masih belum biasa dgn 'slange' kat sini. Slange british+pakistan. Yang saya faham dia kata Aisyah tak sihat dan dia sedang tidur.... perkataan yg disebut adalah.... Poly.. lepas letak telefon dan tanya member, poly tu apa.. hehehe, rupanya POORLY... means, tak sihat. Nasib baik sangkaan saya tu betul :)
Sampai di sekolah, kami terus menuju ke pejabat. Kelihatan Aisyah dan Irfan sedang bermain dengan gembira berhampiran akuarium. Alhamdulillah, saya merasa lega kerana tidak ada apa yang serius yang berlaku. Kerani tersebut menerangkan yang Aisyah memegang perut sambil menangis selepas makan tengah hari. Kemudian Aisyah dibenarkan berehat dan tidur untuk menghilangkan rasa sakit. Selepas tu pihak sekolah cuba menghubungi kami. Bangun dari tidur, Aisyah kelihatan sihat semula.
Kata Aisyah, perutnya rasa sakit selepas buang air kecil. Saya menduga, pasti Aisyah tidak cukup minum air putih yang menyebabkan dia kencing tak lawas. Penyakit ini memang mudah menyerang kanak-kanak perempuan yang kurang meminum air putih. Aisyah selalu kena paksa minum air putih. Dia lebih gemar meminum jus berbanding air putih.
Sekolah sepatutnya tamat pukul 3.30 petang. Masa saya sampai ke sekolah dalam pukul 2.30 ptg. Irfan juga dibenarkan untuk pulang awal. Lepas pulang dari sekolah, kami terus melencong ke IKEA sebab anak-anak pulang awal dari sekolah :)
NuKilaN:
No comments:
Post a Comment