Friday, December 11, 2015

Bersunat

Bila balik Msia, Irfan dah beberapa kali tuntut janji untuk bersunat.
Saya kata tunggu dulu cuti sekolah.
So bila dah cuti sekolah, dia mula tuntut janji untuk bersunat.
Alahai, saya pula yang rasa tak bersedia.
Sebab sibuk pun ya (dah la student dah nak dekat final exam).
Ummi dia pun belum bersedia untuk Irfan jadi anak teruna.
Rasa masih kecil lagi.
Tapi bila tak sampai seru untuk Irfan bersunat, nak tak nak saya ikutkan juga.
Urusan booking klinik dia pergi sendiri dengan abah.

Selepas dua minggu booking, jadi hari Rabu lepas merupakan hari yang bersejarah buat Irfan.
Mula-mula booking sebelah petang, tapi hari Selasa malam tu pihak klinik call suruh pergi awal pukul 11 pagi.
Dalam pukul 11 kami tiba di klinik.
Masa tu baru peserta no 2 yang berkhatan.
Irfan dapat giliran no 4.
Jadi lama juga menunggu.
Dalam pukul 12.30 tgh hari baru Irfan dipanggil masuk.

Sementara menunggu tu, sempat dulu suruh Irfan posing.
Saya ada tanya juga kat Irfan, nak Ummi atau Abah temankan.
Dia kata, tak kisah.
Jadi saya suruh abah jer temankan walau tahu yang abah ni takut darah.
Hahaha, kan hal sunat bersunat ni 'men matter', jadi biar abah temankan anak teruna dia :)

Bila Irfan masuk dalam bilik rawatan, saya pergi office kejap settlekan kerja sikit.
Lagipun Danish dan Aisyah dah nampak boring menunggu.
Dalam pukul 1.15 petang, abah call yang Irfan dah siap.
Masa tu kami dah on the way ke klinik.

Alahai, rasa rugi pula tak dapat snap gambra Irfan masa keluar dari bilik rawatan.
Tapi dari wajah muka dia, boleh lihat yang dia menahan sakit.
Abah terus ambil ubat dan settlekan bil klinik.
Saya pula terus papah Irfan masuk dalam kereta.

Dalam kereta, ada juga tanya dia rasa mcm mana, abang nangis ke tak.
Dia pun mula cerita pengalaman dia bersunat.
Yang kelakarnya dia cakap, "I don't want to cry, tapi abang tak tahu kenapa boleh keluar air mata."
Alahai kesian pula.
Teringat pula pengalaman dia cabut gigi 12 batang hari tu.

Balik tu, terus beri dia makan ubat dan saya suruh dia tidur.
Kesian pula tengok muka dia bila tidur...
Bila dia tidur, baru saya keluar cari ikan selar untuk bakar kunyit.
Kebetulan MIL dan FIL ada dating rumah untuk jaga Irfan bersunat.

Malam tu dia dah mula boring kena baring seharian.
Saya tak benarkan lagi dia main computer atau iPad.
Kena rehat dulu secukupnya.
Tapi baca buku tu saya benarkan :)
Itu lah kisah si anak sulung bersunat.
Hari kedua, dia dah OK sikit.
Dah boleh pakai kain pelikat.
Hari ni, hari ketiga lagi Nampak dia OK.
Esok ada temujanji dengan klinik untuk bukakan balutan.
Semoga Irfan cepat2 sihat... amin amin amin.

9 comments:

  1. dah teruna dah abg Irfan... alhamdulillah, dah selesai kan.. moga cepat sembuh..
    semangat nak sunat ye Irfan.. eheh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai sudah Irfan, pasni tunggu giliran Danish pula.

    Anak sulung seusia 5 tahun sambil menjalani pembedahan angin pasang, terus buat, budak2 lasak yang amat, hari kedua terus lompat terjun dari katil..

    ReplyDelete
  3. Anak sy bersunat tahun lepas. Sy yg cuak. Coming soon lagi sorang. Adoi seram

    ReplyDelete
  4. Tahniah Irfan dh jadi anak bujang..baguslah dia sendiri nak..mesti dah lega apa dah sekarang..byk tertinggal sy ni.hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah selamat...memang gerun kan akak dulu pon camtu...tahniah Irfan sekarang dah jadi budak beso dah ^_^

    ReplyDelete
  6. Amin...amin....amin... berani sungguh si Irfan ni yek. Dia pulak yg tak menyabar nak sunat. Mak seramlah Bijen bab bab luka, darah ni semua...
    Hihi...kreatiflah sangga kain pakai meja tu hihi

    ReplyDelete
  7. Saya seram ni dok baca orang sunatkan anak. Anak saya tak lepas lagi sebab bukan dia tak bersedia tapi Mommynya yang penakut. Saya dah pesan kat HD proses berkhatan ni HD kena ambil tugasan. Saya memang tak mampulah nak masuk tengok anak berkhatan, kang anak nangis menahan sakit, dengan saya-saya sekali meleleh air mata! Tak pun pengsan kat dalam tu! Lebih baiklah biar HD yang handle ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails